Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pengarah CIA Beri Taklimat...

WASHINGTON - Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), Gina Haspel, akan memberikan taklimat tertutup...

Mangsa Banjir Terengganu Meningkat...

KUALA TERENGGANU - Mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 1, 622 orang daripada...

Pendekatan Ergonomik Bantu Tingkat...

PELABUHAN KLANG - Majikan di negara ini digesa mengaplikasikan pendekatan ergonomik dalam sistem...

Mangsa Banjir Di Pahang...

KUANTAN - Jumlah mangsa banjir di Pahang meningkat sedikit pagi ini kepada 2,100...

Video: Bruno Mars Pilih Tarian Cik Manggis De’Fam

PEMINAT setia kumpulan De’Fam pastinya tahu salah seorang ahlinya iaitu Cik Manggis seorang yang sangat ‘gilakan’ tarian dan dia boleh dikatakan dancing queen dalam kumpulan tersebut disebabkan kepakaran dimilikinya itu.

Setiap hari di laman Instagramnya, Cik Manggis pasti tidak akan ketinggalan berkongsikan aktiviti tariannya dengan peminat dan pengikutnya.

Dan baru-baru ini, tarian Cik Manggis mengikut rima lagu terbaharu artis antarabangsa Bruno Mars yang berjudul That’s What I Like terpilih dalam kompilasi tarian peminat Bruno dari seluruh dunia.

Bruno memasukkan sedutan klip setiap peminat yang mampu menari dengan baik dan cantik mengikut gerak tari lagu tersebut.

Video yang dimuat naik oleh Bruno itu setakat ini telah mendapat lebih enam juta tontonan sejak ia mula disiarkan di laman Youtube pada 27 April lalu.

Apa yang lebih menggembirakan Cik Manggis ialah tariannya merupakan satu-satunya dari Malaysia yang terpilih untuk ‘membintangi’ muzik video penyanyi yang cukup popular dengan lagu 24K Magic itu. – MYNEWSHUB.CC


Ahh I faint! 😍 Spot me! #DanceWithBruno 😛 #Repost @musical.ly – 🎵: @brunomars – That’s What I Like

A post shared by Manggis | De Fam (@cikmanggis) on

Kategori