Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

“Mohamed Salah Setanding Lionel...

KECEMERLANGAN yang dipamerkan Mohamed Salah menjadi bualan ramai bahawa pemain ini menjadi mampu...

Hoki Kelantan Perlu Kemuka...

KOTA BHARU - Kerajaan negeri meminta Persatuan Hoki Kelantan mengemukakan permohonan mendapatkan bantuan...

Badan Penyiasatan Bebas Siasat...

KUALA LUMPUR – Sebuah Badan Penyiasatan Bebas ditubuhkan bagi menyiasat isu gangguan seksual...

Tiga Maut Kereta Dinaiki...

KUALA LUMPUR - Tiga orang, dua daripadanya wanita, maut selepas kereta yang dinaiki...

Video: Gaduh Ala KL Gangster Di Pandan Mewah

AMPANG – Satu rakaman video memaparkan sekumpulan lelaki bergaduh di hadapan Hospital Ampang, di sini pada awal pagi Isnin, menjadi tular di media sosial.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 pagi itu, seramai 80 individu dikatakan terlibat dan dua daripadanya telah ditahan oleh sepasukan polis yang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, anggota berkenaan telah menghampiri kumpulan lelaki tersebut dan mengarahkan supaya mereka bersurai namun arahan itu tidak diendahkan.

“Mereka telah menggunakan topi keledar sebagai senjata dan bergaduh sesama sendiri, biarpun polis telah mengarahkan supaya bersurai,” katanya memetik mStar Online.

Menerusi rakaman, dua lelaki dilihat cuba melarikan diri dengan motosikal, manakala sekumpulan lelaki cuba menghalang mereka daripada berbuat demikian.


Di tengah-tengah kekecohan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 28 tahun dan seorang lagi lelaki berusia 33 tahun yang memegang parang sepanjang 54 sentimeter.

“Suspek yang memegang parang itu cuba melarikan diri tetapi polis berjaya menangkapnya dan merampas senjata itu,” kata Hamzah.

Tambahnya, kedua-dua lelaki berasal dari Rembau, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur itu dibawa ke Balai Polis Pandan Indah dan kes disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana membawa senjata di tempat-tempat awam. – MYNEWSHUB.CC

Kategori