Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Anak Angkat Azharina Meninggal...

"SAYA reda dengan pemergian Rizqie. Saya bersyukur kerana sempat menjaganya meski hanya 22...

Lelaki Didakwa 104 Tuduhan...

KUALA KANGSAR - Seorang penjawat awam didakwa di Mahkamah Sesyen pada Rabu dengan...

Abdul Hadi Dakwa DAP...

PETALING JAYA : Pas mendakwa DAP bukan sahaja menyebarkan Islamofobia tetapi berterusan melemparkan...

Harga Langganan Astro Sports...

Setiap pelanggan yang melanggan Astro Sports Pack akan mengalami kadar kenaikan harga sebanyak RM8.48.

Video: “Kurang Ajar Punya Lelaki Tua”

SEORANG warga emas menjadi ‘musuh no.1’ di China selepas rakaman video memaparkan aksi biadapnya di dalam tren menimbulkan kemarahan orang ramai di media sosial.

Lapor Shanghaiist, warga emas itu dikatakan secara sengaja membuang kulit kuaci merata-rata di dalam tren sehingga menyusahkan seorang pekerja pembersihan.

Berang ditegur wanita berkenaan, lelaki itu kemudian bangun dan dengan sengaja menuang kesemua kuacinya di lorong gerabak tersebut sebelum menendang kuaci itu ke bawah tempat duduk penumpang.

“Ha, apa lagi? Sapulah,” katanya pada tukang pembersihan itu sebelum kembali ke tempat duduknya.

Bagaimanapun ketika insiden itu berlaku, penumpang yang lain dilihat hanya memerhatikan sahaja perbuatan biadab lelaki itu tanpa bertindak menegurnya.


Kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab penumpang terbabit, wanita itu meletakkan peralatan menyapunya dalam ruang penyimpanan sebelum beredar meninggalkan gerabak tersebut.

Sementara itu di media sosial, netizen mengecam tindakan biadab lelaki tua itu yang dianggap tidak habis buat perangai biarpun kubur sudah memanggil-manggilnya ke dalam.

“Jenis ‘sampah’ macam ni memang patut dibuang keluar dari kereta api,” kata seorang netizen. – MYNEWSHUB.CC

Kategori