Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kes Denggi Dijangka Melonjak...

KUALA LUMPUR: Kes demam denggi dijangka naik mendadak mulai hujung tahun ini, berdasarkan...

Hotel Paling Gah Di...

Jeddah - Sebuah hotel yang dijangka terbesar di dunia dengan mempunyai 10,000 bilik,...

Hamilton Catat Masa Terpantas...

SEPANG - Penyandang juara dunia, Lewis Hamilton dari pasukan Mercedes AMG Petronas mencatatkan...

Maut Kerana Mahu Selamatkan...

KUALA LUMPUR: Pemandu e-Hailing yang bertarung nyawa selama dua hari selepas dibelasah sekumpulan...

Wahid Omar Hiasi Muka Depan Majalah Economia

LONDON – Ketokohan dan kecemerlangan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Wahid Omar menarik perhatian majalah Institut Akauntan Bertauliah di England dan Wales (ICAEW) iaitu Economia, apabila menampilkan beliau di muka depan bagi edisi Mei.

Majalah itu memaparkan lima muka surat mengenai kerjaya cemerlang Abdul Wahid dalam sektor korporat sebelum menyertai kerajaan, selain aspirasi dan pencapaian beliau.

Abdul Wahid kemudiannya kembali ke dunia korporat sebagai Pengerusi Permodalan Nasional Bhd. (PNB) sebaik sahaja tempoh jawatan senatornya tamat tahun lepas.

Beliau yang merupakan seorang akauntan, menerajui Malayan Banking Bhd. (Maybank) sebagai presiden dan ketua pegawai eksekutif mulai 2008 hingga 2013, selepas mengetuai penstrukturan semula Telekom Malaysia dan UEM Group.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kemudian mengambil beliau untuk jawatan dalam kabinet Malaysia.

Abdul Wahid yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menyelaraskan beberapa agensi seperti Unit Perancang Ekonomi, Unit Kerjasama Awam Swasta Malaysia, Jabatan Perangkaan, Ekuiti Nasional Bhd., Talent Corporation, Unit Peneraju Agenda Bumiputera dan Yayasan Pendidikan Peneraju Bumiputera.

Ketika dihubungi Bernama, beliau berkata: ā€œAlhamdulillah, ini meĀ­rupakan suatu penghormatan buat seorang akauntan dari Malaysia.

“Terima kasih atas sokongan rakan-rakan semua selama ini. Saya berjanji akan terus menjalankan tugas dan amanah semampu saya untuk PNB dan Negaraku Malaysia.ā€

Wahid Omar Hiasi Muka Depan Majalah Economia

ICAEW ditubuhkan melalui Piagam Diraja pada 1880, merupakan pertubuhan keahlian profesional terkemuka dunia yang menggalak, membangunkan dan menyokong lebih 147,000 anggota di seluruh dunia.


Daripada jumlah itu, lebih 15,000 anggotanya tinggal dan bekerja di luar United Kingdom.

Sementara itu, Abdul Wahid dalam temu bual berkenaan meĀ­nyarankan supaya golongan profesional yang berjaya di luar negara kembali berkhidmat di Malaysia bagi membantu pertumbuhan ekonomi negara yang mapan.

Beliau berkata, meskipun Malaysia berdepan kekurangan tenaga kerja mahir bagi sesetengah industri, terdapat inisiatif untuk memanggil mereka pulang berĀ­khidmat ke tanah air.

Beliau sendiri katanya, telah diberikan biasiswa untuk meĀ­lanjutkan pelajaran dan kembali semula kerana terhutang budi kepada negara ini dan merasakan ia adalah masanya berbakti kepada masyarakat.

ā€œPada waktu itu, saya tidak terfikir untuk meninggalkan Maybank tetapi Perdana Menteri sedang mencari calon yang memiliki perspektif sektor swasta bagi membantu kerajaan membangunkan ekonomi dalam jangka masa sederhana dan panjang, termasuk mengurangkan defisit.

ā€œIa merupakan satu penghormatan apabila dijemput untuk menyertai badan pembuat keputusan yang tertinggi di negara ini dan menjadi menteri Kabinet penuh tanpa bertanding dalam pilihan raya,ā€ katanya dalam temu bual bersama majalah itu. – Bernama/HAA

Kategori