Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lelaki Parah Ditetak Dengan...

PONTIAN : Polis sedang mengesan dua suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian menetak...

Bekas Suami Jahidah Diarah...

Johor Bahru : Mahkamah Sesyen hari ini memerintahkan peniaga yang didakwa menyebabkan kecederaan...

Ketua Jabatan ‘Gatal’ Digantung...

KUALA LUMPUR - Seorang Ketua Jabatan Ortopedik Hospital Sungai Buloh yang didakwa terlibat...

Semak Belanjawan 2019 Jika...

KUALA LUMPUR – Kerajaan masih mampu mengurus perbelanjaan dan hanya perlu menyemak semula...

Wanita Ditipu RM32,498 Lelaki UK Melalui WhatsApp

PENIPUAN kiriman bungkusan atau ‘parcel scam’ bukanlah satu fenomena baharu yang menjanjikan kiriman hadiah kepada mangsa terutamanya wanita.

Terbaru, seorang wanita kerugian RM32,498 selepas diperdaya seorang lelaki asing yang dikenalinya menerusi aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, mangsa yang berusia 42 tahun mendakwa mengenali lelaki yang kononnya dari United Kingdom bernama Jack sejak Julai tahun lalu.

Menurutnya, sepanjang perkenalan mereka, lelaki tersebut menjanjikan pelbagai hadiah sebagai tanda persahabatan mereka.

“Pada 15 Ogos tahun lalu, mangsa menerima panggilan telefon daripada syarikat kurier mendakwa kononnya barang dihantar kenalannya itu sudah sampai tetapi tidak boleh dilepaskan kerana mempunyai masalah dengan kastam.

“Mangsa kemudiannya diminta memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun yang diberikan pemanggil telefon tersebut (sindiket),” katanya dalam satu kenyataan.

Mohammad Azlin berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota cawangan Risikan dan Operasi Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) menyerbu sebuah rumah di Mutiara Heights, Kajang pada awal pagi Selasa.

Susulan serbuan tersebut, tiga lelaki warga Nigeria yang disyaki terbabit dalam aktiviti penipuan ‘parcel scam’ ditahan.

Menurutnya, soal siasat terhadap suspek mengaku terbabit menipu wanita dengan kebanyakan sasaran mereka adalah warga asing.


“Beberapa peralatan yang digunakan sindiket iaitu telefon bimbit, komputer riba, kad sim dan beberapa keping kad ATM di rampas.

“Turut ditemui bersama suspek adalah beberapa buah buku yang tertera senarai emel yang digunakan untuk menipu mangsa,” katanya.

Jelasnya, suspek turut mendedahkan dalang sindiket tersebut dan usaha mengesan mereka yang terbabit masih dijalankan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – MYNEWSHUB.CC

*Video di bawah sekadar hiasan…

Kategori