Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Saya Yang Jaga Anak...

AKTRES dan penyanyi, Elly Mazlien mengakui akan membuat tuntutan hak penjagaan anaknya tidak...

Polis Digesa Siasat Pihak...

Timbalan Ketua Menteri Sabah Bung Moktar Radin mahu pihak polis menyiasat secara terperinci...

Tentera Kanak-Kanak Diselamatkan Di...

JUBA, Sudan Selatan – Lebih 250 orang tentera kanak-kanak, termasuk empat gadis dengan...

Perlis, Kedah Dan Pulau...

PUTRAJAYA - Jabatan Perkhidmatan Veterinar hari ini mengisytiharkan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang...

Wanita Menyamar Doktor Gigi Didenda RM40,000

KUALA TERENGGANU – Padah menyamar doktor gigi, seorang wanita berusia 19 tahun dijatuhi hukuman denda RM40,000 atau setahun penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini, pada Selasa.

Syidatul Hizlin Abd Hamid didakwa menyediakan perkhidmatan klinik pergigian swasta tanpa pendaftaran sah oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia untuk memberikan rawatan pendakap gigi kepada Non Nor Izyani Megat Setia, 30, pada 10 Febuari lalu.

Lapor Sinar Harian, tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di premis Nabila Homestay, 902A, Jalan Haji Busu, Pantai Batu Burok, lebih kurang pukul 3.30 petang.

Dengan itu Syidatul didakwa melakukan kesalahan di bawah subperenggan 4(1) Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (AKTA 586) yang boleh dihukum di bawah subperenggan 5(1) (a) (i) Akta yang sama.

Jika disabitkan kesalahan, denda tidak melebihi RM300,000 atau dipenjarakan tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Kesihatan Malaysia, Nurul Khairiyah Samsudin di hadapan Hakim Rofiah Mohamad. – MYNEWSHUB.CC

*Video di bawah sekadar hiasan…

Kategori