Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kisah Cinta ‘Perigi Cari...

PERBUATAN melamar seorang wanita untuk dijadikan isteri bukanlah perkara asing yang dilakukan seorang...

Kumpulan Pertama Jemaah Haji...

MAKKAH - Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia tiba di Makkah dari Madinah kira-kira...

Bapa, Teman Wanita Dihukum...

JOHOR BAHRU - Seorang bapa dan teman wanitanya dijatuhi hukuman gantung sampai mati...

Nad Zainal Sah Hamil...

HAMPIR lima bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Nad Zainal akhirnya mengesahkan dirinya hamil...

Warga Turki ‘Diculik’ Kini Dalam Tahanan Polis

DUA warga Turki yang dilaporkan konon diculik oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali di kawasan tempat letak kereta di Kuala Lumpur semalam kini berada dalam tahanan polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitternya mengesahkan Turgay Karaman dan Ihsan Aslan ditahan semalam kerana terlibat dalam aktiviti yang boleh mengancam keselamatan negara.

Menurut beliau lagi, kedua-dua lelaki warga Turki itu ditahan mengikut Seksyen 130 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan kuasa kepada polis menyiasat perbuatan berkaitan keganasan.

Warga Turki 'Diculik' Kini Dalam Tahanan Polis

Sebelum ini, media tempatan melaporkan Karaman, 47, yang dipercayai pengetua di sebuah sekolah antarabangsa di Ipoh, Perak dilaporkan dilarikan dengan kereta oleh empat lelaki di kawasan parkir.

Bahkan kejadian dramatik tersebut berjaya dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Warga Turki 'Diculik' Kini Dalam Tahanan Polis


Karaman sepatutnya berjumpa dengan rakannya, Suheyl Ozcelik di pejabat peguam mereka di Damansara Heights di ibu negara pada pukul 4.30 petang Selasa, tetapi tidak menghadirkan diri.

Menurut sebuah blog Turki, lelaki kedua yang dikenal pasti sebagai ahli perniagaan bernama Ihsan Aslan dikatakan turut diculik bersama Karaman pada Selasa.

Karaman sepatutnya memberi keterangan pada perbicaraan kes jenayah yang ditetapkan pada 3 dan 4 Mei ini.

Difahamkan, kedua-dua individu itu dipercayai mempunyai kaitan dengan pergerakan Gulen iaitu kumpulan yang dituduh dalang rampasan kuasa Turkis yang gagal tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori