Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

JAIPK Rampas Selipar Ada...

LUMUT - Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) merampas sepasang selipar dipercayai menggunakan kertas...

Sepi Lepas Rangkul Trofi,...

SELEPAS berjaya merangkul trofi Artis Baharu Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita...

729 Pengawal Keselamatan Warga...

KUALA LUMPUR - Seramai 729 warga asing ditahan dari 1 November 2013...

Padah Tunjuk Anu Depan...

SEORANG duda anak dua berusia 49 tahun didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang, Selangor...

Wilson Hasrat Kumpul Pingat Di Sukan SEA KL

MELAKA – Perenang negara, Wilson Sim berazam untuk mengumpul sebanyak mungkin pingat pada cabaran temasya Sukan SEA Kuala Lumpur yang dijadualkan berlangsung pada Ogos depan.

Perenang berasal daripada Sarawak itu berkata adalah menjadi impian beliau untuk meraih sebanyak mungkin pingat di tempat sendiri kerana nilainya adalah lebih tinggi berbanding memenangi pingat di tempat orang.

“Saya akan cuba sedaya upaya untuk mengutip sebanyak mungkin pingat pada Sukan SEA nanti dan akan melakukan aksi terbaik untuk negara nanti,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya kejayaan meraih pingat emas dalam acara 400 meter gaya bebas lelaki pada Kejohanan Renang Terbuka Malaysia 2017 di Pusat Akuatik Hang Jebat hari ini membakar semangatnya untuk beraksi cemerlang di Sukan SEA Kuala Lumpur nanti.

Kejohanan Renang Terbuka Malaysia 2017 yang membuka tirai hari ini akan tamat pada Ahad ini.

Wilson yang mewakili Sarawak meraih pingat emas bagi acara itu selepas berjaya menamatkan aksi dengan catatan masa 3:55.34 saat menewaskan perenang Selangor, Yeap Zheng Yang (4:00.69s).

Manakala pingat gangsa bagi acara tersebut menjadi milik perenang India, Sajan Prakash dengan catatan masa 4:01.05s.


“Cabaran yang diterima pada tahun ini agak kurang kerana ramai perenang handalan tidak turun pada edisi kali ini namun saya tidak memandang rendah dengan keupayaan mereka kerana setiap perenang mempunyai kelebihan masing-masing,” katanya.

Sementara itu, perenang yang mewakili Johor, Tern Jian Han berkata walaupun namanya masih belum tersenarai untuk Sukan SEA beliau tidak sabar untuk mewakili negara di temasya dwitahunan itu

“Saya belum tahu sama ada terpilih untuk mewakili negara ke Sukan SEA namun telah bersedia untuk mengalas cabaran negara sekiranya terpilih nanti,” katanya.

Pada kejohanan tersebut Jian Han meraih pingat emas bagi acara 50m Kuak Lentang Lelaki dengan catatan masa 26.12s mengalahkan perenang dari Thailand, Kasipat Chograthin (26.23s).

Pingat gangsa bagi acara itu menjadi milik perenang dari Selangor, Jordan Yip dengan catatan masa 26.96s. – BERNAMA

Kategori