Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Pengawal Keselamatan Didakwa Cabul...

KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium di Cheras hari ini...

Rafizi Ramli Dipanggil Polis...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan merangkap pakar propaganda Pakatan Harapan, Rafizi Ramli...

Pelajar IPT Maut Terjatuh...

PADANG BESAR - Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi di sini maut selepas...

Kedah Ikat Kontrak Setahun...

ALOR SETAR - Pasukan Kedah mengikat kontrak pemain dari Brazil, Carlos Eduardo de...

Wira-Wira Melayu Dalam Kenangan: Satu Memoir

TIAP kisah perjuangan pasti ada ikhtibar. Apa lagi kisah mengenai kemerdekaan. Sejarah kita tidak bermula pada detik Union Jack diturunkan, atau saat melaungkan kata Merdeka. Runut kemerdekaan bermula sejak era perang anti kolonial.

Alangkah bahagianya kita, apabila kemerdekaan yang diperjuangkan wira-wira terdahulu, kini membawa Malaysia menuju enam dekad merdeka.

Jangan lupakan wira-wira nenek-moyang kita.

MAT KILAU

Wira-Wira Melayu Dalam Kenangan: Satu Memoir

Mat Kilau atau Mat Siam adalah satu-satunya pejuang tanah Melayu yang dapat melaungkan ungkapan keramat “merdeka” setelah lebih 100 tahun berjuang menentang penjajah.

Ini kisah diceritakan anak Mat Kilau, Abu Bakar Awang.

“Hari itu (31 Ogos1957) awal-awal pagi lagi dia sudah bangun dan lepas sembahyang subuh dia terus bersiap untuk ke bandar Kuantan apabila mendapat tahu upacara sambutan juga akan diadakan di peringkat negeri, selain daripada Stadium Merdeka di Kuala Lumpur.

“Saya agak hairan melihat dia beria-ia benar hendak ke Padang Masjid Negeri. Walaupun sudah berusia lebih 100 tahun, saya lihat dia begitu bersemangat sekali untuk turut menyambut hari bersejarah itu.”

Semangat dan sikap bertanggungjawab Mat Kilau patut menjadi contoh ikutan. Bukan sahaja menjadi anak yang soleh, malah, pada umur yang masih muda, Mat Kilau bertindak mewakili rundingan yang diadakan antara beliau dengan Hugh Clifford pada 1888. Ini membuktikan bahawa beliau mempunyai pemikiran yang matang serta berpandangan maju ke hadapan.

Sikap jujur juga menjadikannya seorang yang disegani oleh masyarakat dan pengikut-pengikutnya.

DOL SAID

Wira-Wira Melayu Dalam Kenangan: Satu Memoir

Menyusuri pula kisah seorang pejuang yang sudah menampakkan sikap kependekaran Melayu sejak
berusia enam tahun.

Dol Said mula mempelajari silat serta seni mempertahankan diri pada usia 6 tahun dan sudah terkenal dengan sifat keberaniannya. Beliau juga merupakan anak yang soleh dan mentaati kedua-dua ibu bapanya.

Kehebatan Dol Said ialah tindak tangkasnya dalam gerakan silat. Dol Said telah dilantik menjadi penghulu sewaktu berumur 26 tahun.


Siapa sangka Penghulu muda ini dapat mengalahkan tentera British pada tahun 1831. Hingga akhirnya memaksa British menggunakan taktik kotor untuk menakluk Naning.

TOK JANGGUT

Wira-Wira Melayu Dalam Kenangan: Satu Memoir

Beralih pula kepada seorang ulama yang berjiwa panglima, Tok Janggut atau nama sebenarnya Haji Mat Hassan Munas.

Pada usia 27 tahun beliau telah mendalami ilmu agama di al Azhar dan akhirnya pulang ke tanah air untuk berjuang menentang penjajah.

Tok Janggut pejuang yang bukan sahaja berani, malah dilengkapi dengan ilmu-ilmu agama, persilatan serta kemahiran bergerak di hutan. Seorang pejuang yang bukan hanya bergantung pada kekuatan fizikal semata-mata.

Apa yang mengejutkan adalah, pertemuan antara Tok Janggut dengan Mat kilau pada 1966 membuktikan bahawa mayat yang diarak oleh pihak British selepas pertempuran di Pasir Puteh bukanlah mayat Tok Janggut yang sebenarnya.

Hal ini dinyatakan sendiri oleh cucu sepupu beliau iaitu Ustaz Wan Asrul Wan Hussin.

Tindakannya untuk tidak mengisytiharkan diri selepas merdeka membuktikan bahawa beliau bukan berjuang untuk mendapat nama atau menjadi terkenal.

Apa yang diimpikan adalah Tanah Melayu bebas daripada penjajahan British.

Seawal umur 20 tahun, anak muda Melayu sudah menjadi pahlawan yang disegani pada suatu masa dahulu. Namun kini, walaupun sudah berusia menjelang 40 tahun pun, anak muda Melayu masih lagi terkapai- kapai mencari diri serta arah tujuan hidup.

Wira-Wira Melayu Dalam Kenangan: Satu Memoir
Dato’ Bahaman.

Bangkitlah anak muda! Teruskan perjuangan saudara-saudaramu menentang penjajahan dunia baru. – MYNEWSHUB.CC

Kategori