Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

KWSP Lancar 4 Inisiatif...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melancarkan empat inisiatif bagi menambah...

Video: Cara Anak Gelandangan...

BAGI membendung fenomena kanak-kanak miskin gelandangan terpaksa menjadi peminta sedekah Dana Kanak-Kanak Persatuan Bangsa-Bangsa...

Kanak-Kanak Masuk Pusat Pemulihan...

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun, terpaksa dimasukkan ke pusat pemulihan selepas dia...

Doa Tambah Isteri: Jawi...

KUALA LUMPUR - Tular di media sosial tindakan seorang pegawai Jabatan Agama Islam...

Wow… Gadis 21 Tahun Jadi Kapten LRT Termuda

BARU berusia 21 tahun, siapa sangka gadis dari Sekinchan, Selangor ini mampu menceburi sektor yang dipelopori oleh golongan lelaki.

Nur Aina Asmida Jamaliddin kini menjadi perhatian selepas CEO Prasarana, Datuk Seri Azmi Aziz memuat naik fotonya yang bertugas sebagai kapten LRT termuda menerusi laman Twitter.

“Kenali Cik Nur Aina. Pada usia 21 tahun, dia menjadi antara kapten LRT termuda dalam kumpulan kami,” tulisnya.

Wow... Gadis 21 Tahun Jadi Kapten LRT Termuda

Perkongsian itu ternyata memberi inspirasi hingga di-retweet lebih 1,400 oleh netizen lain.

Difahamkan, Aina ingin mencuba nasib memohon sebagai kapten LRT selepas muncul minat ingin menceburi dalam industri rel di Malaysia selepas sering menaiki pengangkutan awam itu untuk ke tempat kerjanya.

Dia yang dahulu bekerja di restoran makanan segera di Ampang sering berulang alik menggunakan LRT dari Maluri ke Ampang setiap hari.


Bermula dari situ, anak sulung dari lima adik beradik ini muncul minat ingin mengetahui cara memandu pengangkutan awam itu.

Aina yang suka mencuba benda baharu dan kerja-kerja lasak lantas memohon jawatan itu.

Rezeki nampaknya berpihak kepadanya, apabila permohonannya berjaya sekali gus menjadinya antara yang termuda menjadi kapten tren.

Semoga kisah Aina menjadi pemangkin untuk berusaha mencapai apa yang dihajati dalam kerjaya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori