Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Wanita Maut Dihempap Pokok

LUMUT - Seorang wanita maut selepas dihempap pokok yang tumbang ke arah gerainya...

Mangsa Mercun Selamat Jalani...

KUALA TERENGGANU - Remaja berusia 14 tahun yang cedera parah akibat bermain mercun...

157 Mangsa Banjir Kilat...

ALOR SETAR - Hujan lebat berterusan sejak petang semalam memaksa seramai 127 penduduk...

Harap Kerjasama Lebih Kukuh...

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berharap kerjasama lebih kukuh...

Yuran Universiti Awam Naik 200% Sah Berita Palsu

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hari ini menafikan bahawa kadar yuran universiti awam konon bakal naik sehingga 200 peratus mulai sesi kemasukan September ini.

Dalam kenyataan ringkas di ibu negara, KPT menyatakan bahawa berita yang tular menerusi media sosial sejak beberapa hari itu adalah tidak benar sekali gus merupakan laporan palsu oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Laporan yang dipaparkan dalam sebuah blog itu mendakwa kenaikan berkenaan terpaksa dilakukan bagi tampung sumber kewangan universiti awam berikutan pengurangan pemberian peruntukan kewangan oleh kerajaan.

Artikel berbaur fitnah tersebut menyebabkan ratusan ribu penuntut selain keluarga mereka yang berpendapatan rendah berasa bimbang kemungkinan tidak dapat meneruskan lagi pengajian di universiti awam tempatan.

Ketika ini pihak kerajaan secara purata menanggung 90 peratus daripada kos setiap pelajar manakala selebihnya ditanggung sendiri sama ada menerusi pembiayaan ibu bapa, biasiswa atau pinjaman pendidikan tertentu.


Bagi penuntut yang menerima dana Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), pinjaman diperoleh itu boleh diubah syarat menjad biasiswa penuh jika meraih keputusan peperiksaan cemerlang kelas pertama.

Setakat ini terdapat 20 buah universiti awam di seluruh negara dengan institusi yang paling besar ialah Universiti Teknologi Mara (UiTM) apabila memiliki kampus cawangannya di setiap negeri. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori