Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Lelaki Maut Kereta Dipandu...

KOTA KINABALU - Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terjunam ke dalam gaung...

ASEAN Perlu Main Peranan...

KUALA LUMPUR: Dengan status sebagai rakan dagangan ketiga terbesar selepas China dan Amerika...

Piala Malaysia: MB Johor...

JOHOR BAHRU - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Nordin meramalkan pasukan Johor Darul...

Geely Kini Peneraju Kenderaan...

KUALA LUMPUR - Rakan strategik Proton Holdings Bhd, Geely Auto Group, yang kini...

Zahid Akan Buat Kunjungan Hormat Ke Atas PM Australia

CANBERRA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang dalam lawatan kerja tiga hari ke Australia, dijadualkan membuat kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull di sini, hari ini.

Beliau dijangka melakukan kunjungan itu di Bangunan Parlimen di sini pada pukul 4.30 petang.

Ahmad Zahid juga akan bertemu Menteri Kehakiman Australia, Michael Keenan dan Menteri Luar, Julie Bishop serta mengadakan perbincangan dengan Menteri Imigresen dan Perlindungan Sempadan Australia, Peter Dutton.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri tiba di sini semalam untuk lawatan kerja selama tiga hari bagi mengukuhkan lagi hubungan antara Malaysia dan Australia dengan menumpukan kepada soal keselamatan, membanteras keganasan dan jenayah rentas sempadan..


Pada Selasa, Ahmad Zahid akan berlepas ke Sydney untuk bertemu dengan Gabenor New South Wales, David Hurley.

Beliau juga akan melawat Kolej Pasukan Sempadan Australia diikuti dengan majlis makan malam bersama penuntut Malaysia sebelum pulang ke Kuala Lumpur. – BERNAMA

Kategori