Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Jangan Terpengaruh Dengan Vaksin...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan...

AirAsia Enggan Kutip Caj...

PUTRAJAYA - Kumpulan AirAsia sebagai respons kepada writ saman yang diserahkan oleh Malaysia...

Najib Pengerusi Mesyuarat Menteri...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempengerusikan mesyuarat...

Seks Atas Menara Gereja,...

APABILA melawat ke sesebuah tarikan pelancongan apatah lagi jika tempat itu merupakan bangunan...

Zahid Ziarah Keluarga Allahyarham Zakari Ali

HULU TERENGGANU – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menziarahi keluarga Allahyarham Zakari Ali, 63, bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Hulu Terengganu yang meninggal dunia, Sabtu lalu,

Zakari yang juga Pengerusi Sahabat Setia UMNO Hulu Terengganu dan anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Hulu Terengganu meninggal dunia akibat penyakit saraf dan jangkitan kuman di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada kira-kira 4.40 petang.

Sementara itu Ahmad Zahid yang dalam lawatan kerja sehari ke Terengganu, tiba di kediaman Allahyarham Zakari pada 12.10 tengah hari dan menyertai majlis tahlil ringkas yang dilakukan secara tertutup dan meluangkan masa kira-kira setengah jam di situ.

Beliau turut diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, merangkap anggota Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Jailani Johari, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Datuk Tengku Putera Tengku Awang, ADUN Ajil Ghazali Taib, dan ADUN Telemong Datuk Rozi Mamat.


Ahmad Zahid kemudian bergerak ke Marang bagi menghadiri Program Himpunan Mesra Rakyat di Kampung Gelugor.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempat meluangkan masa menziarahi arwah yang juga sahabat lamanya di HSNZ ketika beliau mengadakan lawatan kerja ke negeri ini 16 April lalu. – BERNAMA

Kategori