Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lama ‘Hilang’, Instagram Zul...

SETELAH beberapa lama berdiam diri tanpa sebarang cerita, aktor kacak Zul Ariffin nampaknya...

Indonesia Enggan Dedah Laporan...

Pihak berkuasa Indonesia tidak akan mendedahkan laporan awal tragedi nahas pesawat AirAsia Indonesia...

Kes Kehamilan Remaja Sarawak...

KUCHING - Kes kehamilan dalam kalangan remaja di Sarawak menunjukkan penurunan daripada 4,078...

JDT, Kelantan Lengkapkan Slot...

KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juara dua kali,...

10 Koperasi Terengganu Sertai Pasar Tani FAMA

KUALA TERENGGANU – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Terengganu mencipta sejarah tersendiri apabila kedai-kedai koperasi yang mengeluarkan pelbagai produk menyertai Pasar Tani FAMA sempena Hari Koperasi Negara yang akan disambut pada 10 Ogos ini.

Pengarah SKM Negeri Terengganu Mohd Roslan Awang berkata, sebagai permulaan 10 kedai koperasi terpilih akan menyertai pasar tani itu khususnya yang mengeluarkan pelbagai produk pertanian seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ayam, daging, ikan dan juga produk hiliran hasil pertanian serta peralatan kegunaan dapur.

Sehubungan itu, beliau mahu lebih banyak koperasi menghantar produk-produk mereka untuk dipasarkan di Pasar Tani FAMA di seluruh negeri bagi memastikan ia mendapat peluang menembusi pasaran yang lebih luas.

“Di Kuala Terengganu sahaja terdapat kira-kira 20 kedai koperasi yang menghasikan pelbagai produk boleh dipasarkan di sini,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.


Sementara itu, Pegawai FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) Daerah Kuala Terengganu Abd Ghani Zainal pula ketika ditemui berkata, penglibatan SKM negeri menyertai Pasar Tani FAMA merupakan satu kerjasama yang baik selaras dengan konsep Strategi Lautan Biru Kebangsaan.

“FAMA juga akan mengadakan program jualan hebat pra-Syawal pada Sabtu ini dengan mempromosi tiga jenis barangan utama iaitu minyak masak yang kurang RM2 daripada harga asal RM22.95, gula (kurang 45 sen daripada RM2.50) dan tepung gandum (pengurangan 35 sen bagi setiap kilogram),” katanya. – BERNAMA

Kategori