Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Isteri PM India Rimas...

New Delhi - Isteri Perdana Menteri India Narendra Modi yang tidak tinggal serumah...

UMNO Bahagian Digesa Tubuhkan...

KOTA KINABALU - UMNO Bahagian di seluruh negara digesa menubuhkan Kelab Pidato bagi...

Laungan ‘Dah Solat Ke...

ALOR SETAR - "Saya gagal menghayati sepenuhnya lagu Cinta Untuk Nabila kerana dalam...

Busana Designer Malaysia Jadi...

Tak terduga, 14 tahun lalu, nama Amir Kadir, 49, hanyalah bertebaran dalam industri...

100 AES Akan Dipasang Di Seluruh Negara Tahun Depan

BATU PAHAT – Kira-kira 100 kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan dipasang di lokasi strategik di seluruh negara, tahun depan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab. Aziz Kaprawi berkata AES yang akan dipasang di lebuh raya dan jalan persekutuan itu dapat membantu pengguna jalan raya mematuhi peraturan memandangkan ia merupakan sistem penguatkuasaan sepanjang masa selama 24 jam.

“AES ini akan ditambah kerana kita (Malaysia) mempunyai matlamat untuk mengurangkan 50 peratus kadar kemalangan menjelang tahun 2020 seperti yang telah dipersetujui di peringkat dunia,” katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran beliau di Kampung Parit Jelutong, Parit Raja, di sini hari ini.

Anggota Parlimen Sri Gading itu berkata ketika ini, kira-kira 50 AES sudah dipasang di seluruh negara.

Beliau berkata saranan mengurangkan 50 peratus kadar kemalangan menjelang tahun 2020 merupakan satu cabaran kepada negara kerana Malaysia merupakan satu daripada negara yang mencatatkan kadar kemalangan tinggi.

“Kita (kerajaan) juga tidak mahu negara kerugian modal insan akibat kemalangan jadi, penguatkuasaan secara automasi (AES) merupakan kaedah terbaik memandangkan sistem ini tidak ada pilih kasih kerana kamera tidak mengenali orang dan akan rakam semua kenderaan yang lalu,” katanya.


Ab Aziz dalam pada itu turut menasihati para pengguna jalan raya yang akan pulang semula ke kota selepas sambutan hari raya supaya mengambil iktibar dengan memandu secara berhemah bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Beliau yakin kemalangan dapat dielakkan sekiranya para pengguna jalan raya memandu dengan cermat dan mengikut peraturan ditetapkan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • AES

Kategori