Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Bekas MB Terengganu Diiring...

MESRA... Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mencatat sejarah buat dirinya...

Kemuka Cadangan Naikkan Tambang...

JOHOR BARU - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan...

PAS Tawar Bentuk Kerajaan...

MARANG - PAS hari ini menawarkan pembentukan kerajaan perpaduan di Perak dengan dianggotai...

Bapa Geram Tiru Aksi...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki berusia lewat 20-an kini menjadi buruan polis kerana...

1,000 Peminat Juventus Cedera Panik Akibat Letupan

ROM – Ratusan peminat Juventus cedera akibat dirempuh dan dipijak selepas panik dengan bunyi letupan kuat di sebuah dataran utama Turin, ketika menyaksikan ‘live’ Liga Juara-Juara Eropah.

Media Itali melaporkan, kira-kira 1,000 orang penyokong kelab bola sepak berkenaan terpaksa dirawat kerana mengalami kecederaan ringan semasa menonton aksi final bertemu kelab Real Madrid dari Sepanyol.

Sekurang-kurangnya lima orang disahkan sebagai cedera serius termasuk mangsa seorang kanak-kanak lelaki yang berusia tujuh tahun akibat dipijak penonton lain, lapor agensi media Sky TG24.

Beribu-ribu peminat Juventus sanggup berkumpul untuk menyaksikan perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah dari Cardiff, Wales di depan skrin gergasi televisyen di Dataran San Carlo Turin lewat Sabtu.

Baca: Real Madrid Julang Liga Juara Eropah Kali Ke-12

Ketika separuh kedua perlawanan, kelab tempatan Juventus kalah 1-4 kepada Real Madrid dan beberapa rakaman video menunjukkan kumpulan penonton di bahagian tengah berpusu-pusu melarikan diri.

Ini menyaksikan ada kalangan penyokong terbabit yang tercampak di penghadang manakala ramai peminat kemudian mula melarikan diri daripada tengah dataran itu dengan jeritan ketakutan turut kedengaran.


Pasukan keselamatan Itali turut dikerah mengawal keadaan kerana secara kebetulan pada waktu sama ibu kota London di Britain turut diserang oleh pengganas yang meragut banyak nyawa orang awam.

Situasi panik itu dicetuskan bunyi letupan mercun kuat yang disalah anggap sebagai bom oleh kumpulan pengganas, kata seorang saksi kepada agensi berita antarabangsa Reuters. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori