Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Awas… Sindiket Penipuan Kemasukan...

Nampaknya, ada saja cara yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan...

PM Terima Kunjungan Perpisahan...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan...

Akta Hasutan Dikekalkan Untuk...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Akta Hasutan 1948 dikekalkan...

Polis Kesan Daun Khat...

KUALA LUMPUR - Polis mengesan dadah organik sejenis daun dinamakan Khat, yang digunakan...

2 Penunggang Motosikal Maut Dalam Kemalangan

ALOR GAJAH – Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Hutan Simpan, Masjid Tanah di sini, pagi tadi.

Rosley Jantan, 63, dan Ab. Rahman Ab. Mat, 47, yang masing-masing menunggang motosikal jenama Yamaha 135 LC maut dalam kejadian yang berlaku pada 9.15 pagi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supt. A. Asmadi Abd Aziz berkata siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggangi kedua-dua mangsa dari arah Masjid Tanah ke Sungai Udang dilanggar sebuahl ori yang datang dari arah bertentangan.

“Pemandu lori berkenaan dipercayai memasuki laluan kedua-dua motosikal tersebut sebelum melanggar kenderaan berkenaan dari arah hadapan.


“Kedua-dua mereka meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mereka dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pemandu lori berkenaan berusia 44 tahun tidak mengalami kecederaan dan kes disiasat bawah di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Kategori