Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

16 Pusat Pemindahan Banjir...

KANGAR – Keadaan banjir di Perlis semakin pulih dengan lebih ramai mangsa banjir...

‘Jodoh Mira Filzah Tersekat...

MIRA FILZAH, nama yang tak asing lagi dalam industri hiburan tanah air. Siapa...

Bongkah Konkrit Jatuh, Pemandu...

AMPANG JAYA - Polis mengeluarkan saman kepada pemandu lori yang cuai hingga menyebabkan...

3 Wakil Media Tempatan...

MIRI - Tiga wartawan media cetak berpangkalan di Sarawak mengalami detik cemas apabila kenderaan pacuan empat roda yang...

22 Warga Asing Ditahan Di Pulau Pinang

BUTTERWORTH – Seramai 22 warga asing termasuk lapan wanita ditahan dalam Op Ikrar yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang di beberapa lokasi sekitar negeri ini
semalam dan Khamis.

Jurucakap JIM Pulau Pinang berkata pihaknya menjalankan pemeriksaan di sekitar Bukit Mertajam, Perai dan George Town sebelum menahan semua warga asing berusia 25 hingga 40 tahun itu.

“Operasi yang bermula 3 petang Khamis hingga awal pagi semalam itu dijalankan di kawasan kilang, gerai makanan, restoran dan rumah yang disewa warga asing.

“Mereka ditahan kerana tiada dokumen perjalanan diri, tinggal lebih masa dan menyalahgunakan pas lawatan sosial,” katanya di sini hari ini.

Katanya mereka yang ditahan terdiri daripada 15 warga Indonesia termasuk lapan wanita, empat lelaki (Myanmar), dua lelaki (Bangladesh) dan seorang lelaki Nepal.


Dalam operasi itu, dua majikan kepada warga asing yang ditahan turut diarahkan hadir ke pejabat JIM Pulau Pinang untuk siasatan lanjut, katanya.

Katanya semua warga asing yang ditahan itu dibawa balik ke pejabat JIM Pulau Pinang untuk didokumentasi sebelum dihantar ke Depoh Tahanan Juru bagi siasatan lanjut. – BERNAMA

Kategori