Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Perak Tangguh Larangan Guna...

SERI ISKANDAR - Kerajaan negeri Perak menangguhkan larangan penggunaan plastik dan polisterin di...

14 Resolusi ‘Baju Merah’...

AHLI Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa sewaktu berucap pada "Himpunan Rakyat Bersatu"...

Terkejut Single Drop Dapat...

INDUSTRI Hip Hop semakin berkembang di negara kita. Kejayaan terbesar muzik irama Hip...

10 Tahun Terpisah, Gadis...

KASIH ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Biasakan dengan istilah ini? Sesungguhnya...

27 Kampung Di Daerah Beaufort Dinaiki Air

KOTA KINABALU – Sejumlah 27 kampung di daerah Beaufort dinaiki air berikutan hujan berterusan sejak Khamis lalu, kata Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah Kolonel Muliadi Al-Hamdi Ladin.

Beliau berkata antara kampung terjejas ialah Kampung Binunuk; Kampung Bali Bata; Kampung Jampangah; Kampung Bakalau; Kampung Lumatai; Kampung Batu 60; Kampung Batu 58; Kampung Cina; Kampung Luagan; Kampung Lawa; Kampung Beringin dan Kampung Suasa.

Katanya beberapa kampung lain seperti Kampung Lago; Kampung Melati; Kampung Mempagar; Kampung Lajau; Kampung Lubak; Kampung Limbawang; Kampung Lupak dan Kampung Gadong turut terjejas berikutan bacaan paras air Sungai Padas kini berada pada paras bahaya.

“Sungai Padas berada pada paras 9.16 meter (m), melebihi tahap paras bahaya 8.7m. Trend air ada sedikit menurun tetapi masih berada pada paras bahaya dan pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa. Keadaan cuaca mendung ketika ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Muliadi berkata terdapat empat sekolah di Beaufort terjejas banjir iaitu Sekolah Menengah St Paul; Sekolah Kebangsaan (SK) Lago; SK Suasa dan Sekolah Agama Negeri Limbawang; selain 12 laluan utama di kawasan kampung turut dinaiki air.

Belum ada pusat pemindahan dibuka setakat ini kerana keadaan masih terkawal, katanya. – BERNAMA

Kategori