Monday, January 13, 2025

Creating liberating content

PM Mahu SJKC Tingkat...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu penguasaan bahasa...

Air India Sedia Kerusi...

NEW DELHI - Syarikat penerbangan kebangsaan Air India memperkenalkan kerusi khusus untuk penumpang...

Darjah Kebesaran Bukan Untuk...

LANGKAWI - Penganugerahan darjah kebesaran hanya akan diberikan kepada mereka yang berjasa kepada...

Kerajaan Indonesia Naikkan Cukai...

JAKARTA - Harga rokok di Indonesia bertambah sebanyak 10 peratus mulai Januari tahun...

3 Lelaki Ditahan Terlibat Kes Pecah Rumah, Curi

JOHOR BAHRU – Tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pecah rumah dan curi ditahan di sebuah hotel bajet di Mutiara Rini, dekat sini, dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Noor Hashim Mohamad berkata pihaknya yang bertindak atas maklumat, menyerbu hotel berkenaan pada pukul 8 pagi serta berjaya menangkap ketiga-tiga suspek yang berumur dalam lingkungan 19 hingga 27 tahun.

“Pihak kami turut merampas pelbagai barang kes yang dijumpai di atas dan di bawah tilam,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Antara barang rampasan termasuk pemotong besi, lampu picit, playar, pemutar skru, pisau lipat, powerbank, telefon bimbit dan satu unit kunci beserta alat kawalan jauh.

Turut dirampas beg sandang, beg dompet wanita, lima keping kad bank, sim kad Singapura, wang tunai 27 dolar Singapura, wang tunai RM50, sekeping resit menjual emas dan beberapa dokumen peribadi dipercayai milik mangsa.

Beliau berkata hasil semakan rekod jenayah mendapati dua dari tiga suspek berkenaan mempunyai beberapa rekod jenayah lampau yang terlibat dalam kes jenayah dan dadah.


“Hasil siasatan awal, suspek mengaku terlibat dalam kes pecah rumah sejak awal tahun ini dan dengan tertangkapnya ketiga-tiga suspek, pihak polis percaya dapat menyelesaikan sebanyak tujuh kes pecah rumah di sekitar kawasan Johor Bahru Utara dan Iskandar Puteri,” kata Noor Hashim.

Modus operandi suspek adalah menyasarkan kawasan perumahan pangsapuri dengan memecah masuk ke dalam rumah ketika mangsa sedang tidur dengan mengumpil tingkap ruang tamu dan membawa lari barang berharga kemudian keluar melalui jalan yang sama, katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehinga lima tahun dan juga boleh dikenakan denda.

Selain itu, bagi kesalahan kedua penjara boleh sampai 14 tahun dan juga boleh dikenakan denda atau sebat. – BERNAMA

Kategori