Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

KPTM Ke Arah Pembangunan...

MEMILIKI portfolio utuh selaku insitusi pendidikan dan pengajian tinggi yang sudah lebih 30...

90,976 Pengguna Nikmati Subsidi...

IPOH - Kerajaan Perak telah memberikan subsidi air berjumlah RM8.35 juta kepada keseluruhan...

Perbuatan Nakal: Mercu Tanda...

JIKA sambutan tahun baru di kebanyakan negara meriah dengan percikan bunga api di...

Polis Buru Suspek Utama...

JOHOR BAHRU - Polis sedang memburu tiga lelaki warga Bangladesh yang disyaki suspek...

3 Sekeluarga Maut Nahas Dua Kenderaan Di Rembau

REMBAU – Wanita hamil empat bulan antara tiga yang maut dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Km 229.5 Lebuhraya Utara -Selatan  arah utara, berhampiran Plaza Tol Pedas-Linggi, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Rembau, DSP Ibrahim Shariff berkata kejadian 9.30 pagi itu turut menyaksikan enam yang lain cedera.

Mereka yang maut dikenali sebagai Keng Kim Seng (lelaki/76) , Keng Swee May (perempuan/30) dan Keng Swee Nee (wanita hamil/40). Kesemuanya dari sebuah keluarga.

Dalam satu kenyataan di sini, Ibrahim berkata kemalangan melibatkan sebuah Toyota Camry yang dipandu seorang lelaki dan kenderaan pelbagai guna mewah Toyota Vellfire yang membawa lapan orang.

“Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku apabila kereta jenis Toyota Camry yang dalam perjalanan dari Ayer Keroh yang berada di lorong paling kanan hilang kawalan lalu bergesel dengan Toyota Velfire yang berada di lorong tengah,” katanya.

Beliau berkata pergeseran itu menyebabkan kedua- dua kenderaan terbabas ke kiri lebuh raya dan mengakibatkan seorang penumpang belakang Toyota Velfire tersebut meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata dua lagi disahkan meninggal dunia di Hospital KPJ Seremban.


Yang cedera pula ialah pemandu Toyota Camry  yang mengalami patah kaki  serta pemandu dan empat  lagi penumpang Vellfire.

“Semasa kejadian, keadaan cuaca cerah dan baik, manakala keadaan trafik tidak sibuk,” kata Ibrahim.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Kategori