Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Penjaga Parkir Dipenjara Setahun...

KUALA LUMPUR - Gara-gara mencuri kereta milik ahli perniagaan, seorang penjaga parkir dijatuhi...

Aktivis Didakwa Terbitkan Penerbitan...

KUALA LUMPUR - Seorang aktivis pembangkang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

NIOSH Tidak Bergantung Dengan...

KUALA LUMPUR - Jabatan Audit Negara (JAN) memuji tadbir urus Institut Keselamatan dan...

Kebolehpasaran Pelatih Giat Mara...

KUALA LUMPUR - Kebolehpasaran pelatih Giat MARA dalam pasaran kerja kini mencapai tahap...

30 Nelayan Asing Ditahan Tangkap Ikan Tak Ikut Syarat

TUMPAT – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor menahan 30 nelayan asing warga Thailand dan Myanmar serta lima tekong tempatan kerana menjalankan tangkapan ikan secara menunda atau menggunakan mata pukat tidak mengikut syarat lesen.

Ketua Bahagian Operasi/Risik PPM Wilayah Tiga DSP Mohd Razlin Abd Manaf berkata kesemua mereka ditahan dalam Op Gelora Khas yang dijalankan bersama Jabatan Perikanan Kelantan sejak Ahad lepas dan berakhir hari ini.

“Operasi di sepanjang Sungai Golok itu melalui Kuala Takbai hingga ke perairan Pulau Perhentian dan turut mendapat bantuan daripada 15 anggota Pasukan Gerakan Udara,” katanya pada sidang akhbar di Markas Polis Marin Pengkalan Kubor, di sini, hari ini.

Beliau berkata kesemua yang ditahan melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 Seksyen 8B, iaitu melanggar syarat menjalankan tangkapan.


Katanya operasi berkenaan akan dilakukan dari semasa ke semasa bagi mengelak hasil laut negara diseleweng oleh pihak asing dengan sewenang-wenangnya. – BERNAMA

Kategori