Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

LTAT Laksana Projek Kementerian...

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) sering diberi kepercayaan melaksanakan pelbagai...

Ketepikan Perbezaan, Pastikan Perpaduan...

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia harus mengetepikan perbezaan latar belakang demi memastikan perpaduan...

Kedah Catat Peningkatan Kes...

ALOR SETAR - Kedah mencatat peningkatan 40.1 peratus kes demam denggi atau 290...

Drama ‘Suspens’ Pergaduhan Penyokong...

KEPUTUSAN Liga Premier lewat Selasa menyaksikan Melaka United menentang Negeri Sembilan di Stadium...

4 Kesalahan Solekan Sering Dilakukan Wanita Malaysia

KAUM wanita memang sinonim dengan kecantikan dan alatan mekap. Bagi aur dengan tebing, memang tidak dapat dipisahkan.

Tetapi, tanpa disedari, 4 kesalahan ini sering dilakukan ketika bermekap. Hal ini bukan sehaja menyebabkan mekap yang dikenakan tidak berseri, ia juga boleh menyebabkan kerosakan pada kulit wajah.

Ia boleh menyebabkan kulit wajah menjadi kusam dan berjerawat.

Antaranya ialah:

1- Tidak menggunakan pelembap.

Pelembap merupakan asas untuk solekan yang baik namun sering diabaikan. Krim pelembap juga akan melindungi kulit dari bahan kimia yang terdapat dalam alat kosmetik yang digunakan.

2- Hanya satu jenis foundation.

Kebanyakan dari kita hanya menggunakan satu jenis foundation (bedak asas). Tetapi, unutk mendapatkan asas dan hasil mekap yang cantik, foundation boleh digabungkan dengan beberapa jenis foundation yang lain, asalkan tona warnanya bersesuaian dengan kulit.


3- Mengepam maskara.

Tindakan mengepam maskara pada mata juga akan membuatkan maskara lebih cepat kering, merekah dan tidak tahan lama. Mata anda juga akan kelihatan comot dan bulu mata akan kelihatan tidak sekata.

4- Tidak membersihkan berus mekap.

Hampir semua wanita melakukan kesalahan ini. Sama ada berus untuk pemerah pipi, gincu atau pembayang mata, ianya sering tidak dibersinhkan. Sebenarnya, ini merupakan salah satu punca yang menyebabkan wajah anda berjerawat.

Terdapat banyak lagi kesalahan utama ketika mengenakan mekap, tetapi yang kami kongsikan ini adalah yang sering dilakukan. Ingat… kebersihan muka amatlah penting dan ia perlu dijaga sebelum, semasa dah selepas mengenakan mekap. – MYNEWSHUB.CC

Kategori