Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lagi Bantahan Tolak Wan...

SHAH ALAM - Cadangan pelantikan isteri kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim...

KKM Sedia Tambah Katil...

IPOH: Kementerian Kesihatan (KKM) bersiap sedia untuk menambah bilangan katil sekiranya berlaku peningkatan...

‘Sibuk’ Bukan Alasan Tiada...

KANGAR - Ketua keluarga harus mengelak daripada terlalu sibuk hingga tiada ruang untuk...

16 Tanah Milik Kementerian...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 16 lokasi tanah milik Kementerian Pertahanan dikenal pasti terbabit...

4 Maut Serangan Nekad Di Kem Pelarian

NIAMEY – Dua pengebom nekad wanita meletupkan diri di kem pelarian di tenggara Niger, membunuh dua yang lain dalam serangan disyaki dilakukan pengganas Boko Haram dari negara jiran Nigeria.

Pemberontakan Boko Haram yang bermula di timur laut Nigeria dan menular ke Chad, Cameroon dan Niger, mengorbankan lebih 20,000 nyawa dan menyebabkan 2.6 juta penduduk menjadi pelarian.

Kumpulan ini semakin mengganas dan sering melancarkan serangan nekad menggunakan wanita dan kanak-kanak perempuan.

Serangan Rabu lalu berlaku di Kabalewa, sebuah kampung dekat bandar Diffa di tenggara Niger, berhampiran Nigeria.

“Dua pengebom nekad wanita menyusup masuk ke kem pelarian dan meletupkan diri mereka, membunuh dua orang awam di kem,” kata seorang pekerja bantuan.


Stesen radio swasta berkata mangsa adalah seorang lelaki dan seorang wanita.

Seorang pegawai tempatan mengesahkan serangan itu tetapi tidak memberikan angka korban.

Anggota Boko Haram melancarkan serangan berterusan di rantau Diffa sejak 2015. Terdapat lebih 300,000 pendatang dan pelarian berlindung di kawasan itu. – AFP/BH ONLINE

Kategori