Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jambatan Bengkok Hanya Agenda...

BONGKAR... Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin luah rasa kesal dengan hasrat Kerajaan Pakatan...

Azis Sangkal Dakwaan PH...

KUALA LUMPUR - Tuduhan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang mendakwa Pas Residen...

Gerakan Kristian Evangelist Dalam...

MEMAHAMI perkembangan Kristian, mahzab Evangelis kini dilihat paling berpengaruh. Peranan aktifnya bukan sahaja...

Nelayan Hilang Ditemui Lemas...

JOHOR BAHRU - Seorang nelayan terjatuh ke dalam laut selepas dipercayai dipanah petir...

40 Kes Tangkapan Mercun, Bernilai RM39,000 Di Perak

IPOH – Polis Perak merampas mercun dan bunga api bernilai RM39,200 sepanjang Ramadan melibatkan 40 tangkapan di negeri ini.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zainuddin Yaacob berkata kesemua suspek yang ditahan berusia 25 hingga 45 tahun dan antara daerah mencatat tangkapan paling tinggi ialah Kerian sebanyak 12 kes, Hilir Perak (tujuh), Ipoh (enam), Kuala Kangsar (lima) dan Taiping (empat).

Beliau berkata jumlah tangkapan kes itu menunjukkan peningkatan berbanding tahun lepas iaitu hanya sembilan tangkapan namun melibatkan nilai rampasan RM52,650.

“Pihaknya akan sentiasa melakukan pemantauan dan meningkatkan kawalan di kawasan sempadan untuk membanteras penyeludupan mercun dan bunga api dari negara jiran serta polis memberi amaran keras terhadap individu yang didapati memiliki, menyimpan, menggunakan atau berniaga mercun dan bunga api tanpa kebenaran,” katanya.

Zainuddin berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pemakaian Pangkat 12 pegawai dinaikkan pangkat daripada Superintenden kepada Deputi Superintenden di Ibu Pejabat Kontinjen Perak yang turut dihadiri Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan di sini, hari ini.

Zainuddin berkata penjualan mercun dan bunga api yang dibenarkan adalah jenis ‘pop-pop’ dan ‘happy boom’ mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dan dibenarkan,

“Kita juga khuatir dengan penjualan mercun secara haram ini daripada terus berleluasa kerana terdapat individu yang melakukan pengubahsuaian mercun dengan meletupkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang bertujuan untuk merompak serta menggunakan mercun untuk kegiatan militan Daesh.


“Selain itu, terdapat peniaga yang cuba mengaburi pihak polis dengan meletakkan kotak mercun atau bunga api yang dibenarkan di atas meja namun menyorok mercun yang dilarang penjualannya di sebalik kotak tersebut,” katanya.

Beliau berkata pihaknya turut menasihatkan orang ramai agar tidak membeli mercun yang dijual secara dalam talian kerana penjualannya tidak dibenarkan dan salah di sisi undang-undang.

Menurutnya, individu yang didapati melakukan kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957, jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara tidak lebih tujuh tahun atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Zainuddin berkata hanya 10 peratus daripada 8,500 anggota polis di seluruh Perak dibenarkan bercuti pada musim perayaan Aidilfitri. – BERNAMA

Kategori