Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pesawat AirAsia Dilencong Ke...

Akibat faktor cuaca buruk, pesawat Air Asia AK6012, dari Kuala Lumpur menuju Alor...

3 Exco Kerajaan Selangor...

PARAH... PAS Selangor mendakwa tiga exco dari parti tersebut dalam barisan kerajaan Selangor...

PRK DUN Slim 29...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan...

Bunuh Diri Kerana Tidak...

SEORANG pelajar universiti tanpa berfikir panjang telah terjun dari bangunan kediamannya selepas mendapat...

M.U Sanggup Belanja Hampir RM1 Bilion, Lepas De Gea

MANCHESTER UNITED dilapor semakin serius untuk mendapatkan bekas bintang mereka apabila sedia berbelanja sebanyak 175 juta pound sterling (RM955 juta) termasuk melepaskan penjaga gol utama, David de Gea.

United sedia menjadikan De Gea sebagai penjaga gol termahal di dunia demi membawa pulang bintang Portugis, Cristiano Ronaldo ke Old Trafford dari Real Madrid.

Pemain berusia 32 tahun itu mencetuskan krisis terbaharu di Bernabeu apabila dia serius mahu meninggalkan kelab gergasi Sepanyol tersebut selepas dituduh melakukan penipuan cukai sebanyak 13 juta pound (RM70 juta).

Presiden Madrid, Florentino Perez akan mengeluarkan kenyataan umum pada Isnin manakala ketua jurulatih, Zinedine Zidane sudah menghubungi Ronaldo untuk mendapatkan kepastian bahawa pemain itu mahu kekal di Sepanyol.

 Walaupun terdapat minat dari kelab China, Ronaldo dipercayai mahu kekal di Eropah dan United mungkin perlu berdepan saingan daripada kelab Perancis, PSG yang memiliki kewangan kukuh.

Ronaldo menjaringkan 55 gol untuk kelab dan negaranya pada musim lalu, sekali gus membantu Real Madrid menjuarai La Liga dan Liga Juara-Juara buat kali ketiga dalam tempoh empat musim. – The Sun UK

Kategori