Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Berapa Lama Untuk UMNO...

MULAI 10 Mei lalu, PAP Singapura telah mengambil alih kedudukan UMNO dan Barisan...

Tubuh Akademi Pemikir Untuk...

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan dan Persekutuan diminta bekerjasama dengan Universiti Malaysia Kelantan...

Pusat Tahfiz: 2 Tong...

DARI mana datangnya dua tong gas di tingkat tiga (di luar bilik asrama)?"...

Najib Perlu Ke Parlimen,...

KUALA LUMPUR - Perbicaraan dua kes dihadapi Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan...

Baju Raya Nora Danish Disamakan Macam Alas Meja!

JIKA pada Mac lalu busana nikah Nora Danish dikecam, kali ini episoda sama berulang kembali buat pelakon kecil molek ini.

Baca: Baju Nora Danish Dikritik Tak Sesuai, Terlalu Seksi

Nora sekali lagi dikritik netizen apabila baju rayanya pada tahun ini dikecam tidak sopan apabila ‘membelanjakan’ sebahagian kakinya kepada umum.

Seperti semua sedia maklum, kebiasaan pakaian raya untuk wanita Melayu adalah seperti baju kurung, kebarung dan kebaya.

Apabila Nora cuba mengaplikasikan ciri-ciri moden dalam busana putihnya itu, ia ternyata tidak menepati citarasa sebahagian besar pengikut laman Instagram (IG).

Namun seperti biasa Nora tetap kool dan langsung tidak mudah melatah dengan kritikan itu apabila dilihat tidak langsung membalas sebarang komentar sinis yang dilayangkan di ruangan komen IG-nya.

Viral di media sosial gambar pakaian Nora diparodikan apabila ia disamakan dengan baju tidur dan alas meja.


Bagi penulis, asalkan Nora selesa dengan pakaiannya, rasanya tak salah jika dia cuba bereksperimen dengan bajunya itu.

Sementelah dia pun artis, mestilah pakaian nak kena glamor dan lain daripada yang lain. Baru nampak menyerlah dan wow gitu!

Tahun ini merupakan tahun pertama Nora meraikan Aidilfitri dengan memegang status isteri kembali apabila aktres itu selama dinikahkan dengan Nedim Nazri pada 30 Mac lalu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori