Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bukan Senang Shamsul Anuar...

Pada 5 November lalu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) umum nak senaraikan...

Ini Ke Calon-Calon Parti...

SATU senarai calon-calon DAP kerusi negeri Selangor yang tersebar menjelang Pilihan Raya Umum...

Doktor Penuhi Permintaan Pesakit...

PETALING JAYA - Pesakit meminta antibiotik dan doktor pula memenuhi permintaan itu menjadikan...

Bekalan Beras Semasa Negara...

KUALA LUMPUR : Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan, bekalan beras...

5 Ditahan, Ganja Hampir RM1 Juta Dirampas

KUALA LUMPUR – Polis menahan lima orang termasuk dua wanita dan merampas 206 ketulan mampat dipercayai ganja bernilai hampir RM1 juta dalam tiga serbuan di Kajang dan Klang, Selangor pada Rabu lepas.

Pengarah Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata operasi itu dikendalikan Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING) bermula 6.40 pagi hingga 10 malam.

Ia melibatkan serbuan di tiga kawasan perumahan di Taman TTDI Grove, Kajang serta Taman Sentosa dan Kampung Sungai Udang di Klang.

Semua yang ditahan ialah warga tempatan berumur antara 30 dan 47 tahun, direman enam hari hingga 13 Jun bagi membantu siasatan.

“Selain itu, kita turut merampas wang tunai bernilai RM9,000 dan tiga kenderaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mohd Mokhtar berkata ganja itu dipercayai diseludup dari negara jiran untuk dipasarkan ke seluruh negara ini.


“Polis percaya mereka ini merupakan saki-baki anggota sindiket yang pernah ditumpaskan pada Mac tahun lepas di Sungai Petani, Kedah melibatkan rampasan dadah jenis ganja dengan berat lebih satu tan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata dadah pelbagai jenis bernilai RM111.98 juta dirampas dalam enam bulan pertama tahun ini dengan penahanan 78,767 orang termasuk 3,497 warga asing berkaitan kes dadah. – BERNAMA

Kategori