Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mamat Khalid Dilapor Kritikal...

KUALA LUMPUR - Pengarah terkemuka tanah air, Mohamad Mohamad Khalid atau lebih mesra...

1Masjid 1Polis Diperluas Ke...

PROGRAM 1Masjid 1Polis (1M1P) akan diperluas ke seluruh negara Mac ini dalam usaha...

Peminta Sedekah ‘Terlalu Cantik’...

SEORANG wanita dari Lijiang di daerah Yunnan, China mendakwa dia "terlalu cantik untuk bekerja" dan...

Dua Sarung Tangan Ada...

KUALA LUMPUR - Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa...

7 Penggiat Aeronautik Berminat KLIA Aeropolis

SEPANG – Sebanyak tujuh pelabur menunjukkan minat untuk melabur di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Aeropolis, kata Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Datuk Badlisham Ghazali.

“Terdapat tujuh peluang untuk melakukan rundingan akhir semasa Paris Air Show pada Isnin,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

“Kebanyakannya adalah syarikat Eropah. Tujuh syarikat itu adalah penggiat dalam bidang aeronautik.

“Saya tidak mengatakan bahawa saya akan memuktamadkan perjanjian bernilai berbilion dolar tetapi saya sedang mengusahakan perjanjian bernilai ratusan juta dolar,” kata Badlisham.

Beliau berkata MAHB akan mempromosikan KLIA Aeropolis semasa penyertaannya dalam Paris Air Show yang dijadualkan diadakan dari Isnin hingga Khamis minggu depan.


“KLIA Aeropolis mendapat perhatian kerana ia adalah projek sebenar dengan pelan pembangunan yang komprehensif,” katanya.

KLIA Aeropolis dilancarkan pada tahun lepas dan berpusat di sekitar kluster utama kargo udara dan logistik, penerbangan dan taman aeroangkasa, mesyuarat, insentif, persidangan, acara dan riadah.

Projek di kawasan seluas 100 kilometer persegi itu adalah antara teras strategik dalam pelan perniagaan lima tahun MAHB, Runway to Success 2020. – BERNAMA

Kategori