Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Terengganu Sasar Nilai Jualan...

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu menyasarkan nilai jualan menjangkau RM500,000 daripada program...

Juruteknik Tertembak Jet F-16...

BRUSSELS - Sebuah jet pejuang F-16 milik tentera udara Belgium terbakar dan sebuah...

Anggota Kabinet Label Pemandu...

KUALA LUMPUR - Pemandu teksi yang terpedaya dengan janji manis Pakatan Harapan (PH)...

Kembalikan Semula Geran Mybrain,...

BANGI - BN akan terus komited menjaga kebajikan pelajar termasuklah mengembalikan semula program...

Penerima Tidak Lagi Beraya Di Rumah Buruk

BESUT – “Selama tujuh tahun kami berhari raya dalam rumah buruk yang kami menumpang, sudah cukup untuk mengajar kami betapa susah hidup tanpa rumah sendiri”, kata Amir Hildayat Abdul Khalid, 36 penerima Rumah Komuniti yang ke 120 di Kampung Alor Keladi , Jerteh di sini hari ini.

Amir yang bekerja mengambil upah menanam padi sebelum ini tidak mempunyai pendapatan tetap, menyebabkan hanya mampu tinggal di rumah usang satu bilik tanpa perlu membayar sewa oleh pemiliknya.

“Keadaan ini menyebabkan kami sekeluarga terpisah dengan orang ramai kerana malu untuk mengajak sesiapa bertandang ke rumah itu kecuali anggota keluarga terdekat.

Namun hari ini nasib kami berubah dan paling bersyukur dapat menyambut Aidilfitri di rumah yang baharu dan cantik ini, secara percuma.

Saya tidak menyangka permohonan yang saya buat pada awal Mac lalu telah berhasil dan diambil perhatian segera oleh kerajaan dan kini saya sekeluarga tidak perlu lagi menumpang di rumah yang dinding dan atapnya bocor”, katanya.


Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas menerima kunci rumah itu daripada Anggota Parlimen Besut yang juga Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh di sini hari ini.

Sementara itu, isterinya, Norhafizah Hidayah Mamat, 34 juga turut melahirkan rasa syukur kerana kini kehidupannya lebih teratur dan sempurna dan lebih-lebih lagi anaknya kini dapat belajar dalam suasana rumah yang lebih sempurna.

Katanya, beliau dan keluarga akan menyambut ketibaan Syawal tahun ini dengan lebih bermakna lagi meriah kerana anak-anak mereka pasti akan dapat menjemput kawan-kawan mereka untuk berhari raya di rumah baharu mereka. – BERNAMA

Kategori