Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mesyuarat Pakatan Di Ibu...

Hari ini pada pukul 2.30 petang, akan berlangsung mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat Pakatan...

PH Adalah Punca Kerajaan...

Daripada 4 orang ADUN yang tumbangkan kerajaan Melaka termasuk 2 orang UMNO, seorang dari PPBM-PH dan seorang bekas DAP-PH.

“Saya Takut Nak Lapor...

"SAYA tiada kekuatan untuk membuat laporan polis sebelum ini kerana takut selepas diugut,"...

Tommy Thomas Letak Jawatan...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Tommy Thomas meletakkan jawatan sebagai peguam negara.Perkembangan mengejutkan...

77,242 Saman Sejak Awas Dilaksanakan – Liow

BENTONG – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 77,242 saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) sehingga semalam, sejak sistem itu dikuatkuasakan pada 15 April lepas.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata 68,830 saman dikenakan kepada pemandu yang tidak mematuhi had laju manakala 8,412 lagi saman bagi kesalahan melanggar lampu isyarat merah.

“Hasil pemerhatian dalam tempoh itu didapati KM 375.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), iaitu di Slim River, Perak (arah utara) dicatatkan sebagai kawasan paling kerap had laju dilanggar,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha ke-19 di Dataran Bentong, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Nadzri Siron dan Pengarah Urusan Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), Datuk Jim Khor.

Liow berkata JPJ juga telah menempatkan 3,128 anggotanya untuk tujuan penguatkuasaan dalam Op Bersepadu sempena perayaan Aidilfitri bermula semalam hingga 2 Julai ini, yang menyaksikan sebanyak 681 kenderaan telah diperiksa pada hari pertama semalam.

Selain itu, Liow sekali lagi mengingatkan pengguna jalan raya bahawa JPJ akan memasang tujuh lagi kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sebelum akhir tahun ini, sebagai tambahan kepada 14 kamera AES sedia ada di lokasi yang sering berlaku kemalangan.


“Antara lokasi pemasangannya ialah di KM 151.4 Lebuhraya Plus – Pagoh, KM 299.9 Lebuhraya Plus-Kampar, KM 17 Jalan Gua Musang – Kuala Krai, KM 96.3 Lebuhraya Plus -Kuala Muda, KM 256.1 Lebuhraya Pantai Timur 2 berhampiran Chenih, KM 288.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 berhampiran Chukai dan KM 146.8 Lebuhraya Plus – Pagoh,” katanya sambil berharap pemasangan itu mampu mengurangkan jumlah kemalangan di lokasi terlibat.

Sementara itu, kempen keselamatan jalan raya bertemakan ‘Alah bisa, tegal biasa! Berhenti di lampu merah, amalan mulia’ bagi tahun ini, bertujuan menekankan kepentingan mematuhi peraturan lampu isyarat bagi mengelakkan kemalangan yang disebabkan kecuaian kecil.

Kempen seterusnya akan diadakan pada 21 dan 22 Jun ini, masing-masing bertempat di Hentian Sebelah Petaling Jaya, Lebuhraya Damansara-Puchong dan Dewan Majlis Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan. – BERNAMA

Kategori