Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Jadi Kelaziman Pembangkang Tuduh...

AHLI Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim menyelar tindakan pihak penganjur...

Dunia Kehilangan Lebih Daripada...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan penghormatan kepada...

Anwar Kemuka Usul Tamat...

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau mengemukakan rayuan...

Sudi Sertai DAP, Sah...

KUALA LUMPUR - "Syaitan akan sediakan 1000 alasan buat pengkhianat menikmati alasannya."Itu kata-kata ...

Abai Imunisasi, Kesihatan Anak Terancam

GUNDAH hati artis terkenal Indonesia, Oki Setiana Dewi dan suaminya, Ory Vitrio apabila dua puterinya, Maryam Nusaibah Abdullah dan Khadeejah Fatimah Abdullah dijangkiti demam campak baru-baru ini.

Susulan itu, timbul gosip menyatakan sakit dialami anak Oki ada kaitan dengan keengganannya mengambil imunisasi untuk anak-anaknya.

Gosip tersebut bertebaran lantaran tersebar screenshot didakwa seorang doktor pernah menasihati Oki memberi imunisasi kepada anak pertamanya, Maryam yang dilahirkan pada 2014.

Oki dikatakan enggan memberi anaknya imunisasi kerana terpengaruh dengan ‘cerita angin’ disebarkan pihak tertentu kononnya vaksin untuk program imunisasi bayi mengandungi enzim khinzir.

Media Indonesia melaporkan, doktor berkenaan menerusi akaun Facebook miliknya berkata, beliau sendiri menyarankan agar Oki memberikan imunisasi kepada kedua-dua anaknya itu yang kemudian menjadi tular menerusi media sosial.

Ketika ditemui dalam satu sidang media, Oki bagaimanapun enggan mengulas hal ini dan memberitahu, kedua-dua anaknya sudah pun sembuh.


Demam campak merupakan salah satu penyakit yang dilindungi daripada menjangkiti kanak-kanak menerusi suntikan imunisasi.

Imunisasi adalah sangat penting untuk mencegah penyakit yang berbahaya kepada anak-anak. Bahkan penggunaan vaksin untuk imunisasi juga diharuskan oleh Majlis Ulama Indonesia selain fatwa rasmi di Malaysia sendiri.

Maka sebenarnya tiada isu timbul berhubung status halal untuk pengambilan imunisasi seperti digembar-gemburkan pihak tidak bertanggungjawab yang mungkin ada agenda tersendiri tanpa melihat aspek lebih besar.

Ibu bapa khususnya perlu tahu tentang kepentingan pemberian imunisasi kepada anak demi menjamin kesihatan mereka. Jangan hanya kerana terlalu percayakan khabar angin yang belum tentu kesahihannya, nyawa anak menjadi taruhan.

Kepada Oki dan suami, diharap agar kedua-dua puterinya sudah sembuh kembali dan dapat bersama-sama menyambut lebaran bersama keluarga. #JanganLupaCucuk #LengkapkanImunisasi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori