Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tindakan Agresif Lelaki Bawa...

KUCHING – Tindakan agresif seorang lelaki 29 tahun merosakkan kenderaan seorang wanita mengandung...

Model Digelar Mahkluk Asing...

Seorang model terkenal di Rusia telah mencetuskan kebimbangan ramai berhubung tahap kesihatannya selepas...

Kaum India Semakin Susut...

SHAH ALAM - Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) hari ini mendesak Menteri...

Kajian Buktikan Wanita Tidak...

TREND lelaki berambut panjang dan disanggulkan seperti wanita amat popular dan dikatakan agak...

Aci Belasah Budak Perempuan Direman 7 Hari

PETALING JAYA – Mahkamah Majistret hari ini mengeluarkan perintah reman terhadap seorang wanita warga emas kerana dipercayai memukul seorang kanak-kanak perempuan dengan menggunakan penggaru badan.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar, Hairol Azhar Mohd Ishak terhadap suspek berusia 62 tahun yang bermula hari ini hingga 13 Jun.

Permohonan reman itu dibuat mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membolehkan siasatan terhadap wanita itu dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

Hukuman adalah penjara maksimum 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Baca: Video Aci Baran Belasah Budak Perempuan Tular

Sejak semalam, video berdurasi dua minit 50 minit menjadi tular di Facebook menunjukkan seorang wanita memukul seorang kanak-kanak berusia lingkungan enam tahun sekurang-kurangnya 30 kali.


Menerusi rakaman itu, kanak-kanak malang berusia lingkungan lima tahun itu dipukul nenek saudaranya kerana dipercayai gara-gara tertumpah air di atas meja makan dalam kejadian di Taman Puchong Perdana, Puchong. – MYNEWSHUB.CC

Kategori