MENTERI Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz menafikan bahawa pejabatnya mengeluarkan kad nama kepada isterinya, Datin Seri Haflin Saiful.
Beliau berkata kementeriannya melarang penerbitan sebarang jenis kad nama kepada individu yang bukan berjawatan pegawai.
“Dia bukan kakitangan kementerian, itu palsu. Ada orang luar yang cuba kenakan saya,ā kata Nazri yang dipetik portal The Star Online.
Rabu lalu, sekeping gambar yang memaparkan kad nama ‘Datin Seri Haflin S’ menjadi tular di media sosial.
Jawatan yang dipaparkan pada kad itu adalah “Isteri – Menteri Pelancongan Kebudayaan Malaysia”.
Turut tertera adalah alamat lengkap pejabat menteri di Putrajaya bersama nombor telefon dan emel bekas personaliti televisyen itu.
Sementara itu, laman Facebook popular Tentera Troll Kebangsaan Malaysia turut memuatnaik gambar itu, dan setakat ini sudah dikongsi 211 pengguna lain. – MYNEWSHUB.CC
*Video sekadar hiasan…