Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Op Tahun Baharu Cina:...

GURUN - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan 10,655 kesalahan bagi tempoh 1 hingga...

Aswaja Minta Mufti P.Pinang...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) membidas Mufti Pulau...

Jagung ‘Kurang Manis’ Sesuai...

SERDANG - Penghidap kencing manis yang gemar makan jagung namun terpaksa menahan selera...

4,261 PATI Ditahan Dalam...

KUCHING – Jabatan Imigresen Sarawak berjaya menahan 4,261 orang pendatang asing tanpa izin...

Adira Tolak Tawaran Kerja Untuk Anggerik

KALAU sudah ibunya selebriti terkenal tanah air, pastinya anak pun aku turut terkena tempias populariti tersebut. Betul tak?

Itulah juga yang dialami kepada anak sulung penyanyi terkenal, Adira Suhaimi yang bernama Anggerik.

Meskipun masih bayi, tuah populariti yang dikecapinya itu turut mendatangkan rezeki apabila Anggerik mula menerima beberapa kerja.

Bagaimanapun, Adira sebagai ibu terpaksa menolak tawaran tersebut memandang merasakan Anggerik masih kecil.

“Saya tolak kerana Anggerik masih lagi kecil dan belum masanya untuk dia aktif dalam mana-mana bidang sekalipun.

“Saya sentiasa bersikap terbuka dengan mana-mana pihak yang membuat tawaran, tetapi semuanya perlu mendapat keizinan suami dahulu,” katanya kepada sebuah akhbar tempatan.

Seperti artis-artis lain, Adira turut membuka akaun Instagram untuk anaknya kerana bimbang akan kemunculan banyak akaun palsu yang menggunakan nama Anggerik.


“Kehadiran akaun palsu yang menggunakan profil anak saya sebenarnya menimbulkan kerisuan jika ada yang berniat jahat,” katanya.

Sejak dibina, akaun Instagram anaknya itu sudah meraih 27,000 pengikut.

Adira melahirkan Anggerik pada 10 Mac lalu secara pembedahan di sebuah hospital di swasta, Kuala Lumpur. – MYNEWSHUB.CC

Kategori