Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

#ASEAN: Inilah Sebenarnya ASEAN...

KUALA LUMPUR - Inilah ASEAN sebenarnya, ketika ini dan di sini, dengan proses...

Denda RM300 Main Pokemon...

KUALA LUMPUR - Mereka yang didapati bermain Pokemon Go ketika memandu kenderaan boleh...

Liga Perdana: Negeri Sembilan...

KUALA LUMPUR - Pasukan Negeri Sembilan mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga...

Menderhaka Jika Ingkar Titah...

PARIT BUNTAR - Jawatankuasa masjid dan surau yang ingkar dengan larangan Sultan Perak,...

ADUN PKR Dakwa Bajet Kawasan Dibekukan DAP

GEORGE TOWN – Parti Gerakan Pulau Pinang mendakwa tiga lagi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PKR dikenakan tindakan pembekuan peruntukan bagi kawasan mereka selepas gagal hadiri satu majlis rasmi kerajaan negeri.

Naib pengerusi Gerakan negeri, Oh Tong Keong berkata peruntukan bagi ADUN Machang Bubok, Lee Khai Loon; ADUN Bukit Tengah, Ong Chin Wen dan ADUN Kebun Bungah, Cheah Kah Peng dibekukan kerajaan DAP.

Ini setelah mereka didakwa konon gagal menghadiri istiadat mengangkat sumpah pelantikan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas secara rasmi pada 29 April lepas.

Beliau berkata kerajaan negeri sepatutnya mengguna kaedah lain untuk menghukum mereka yang gagal menghadiri majlis rasmi dan bukannya dengan beku peruntukan yang sepatutnya digunakan untuk rakyat kawasan berkenaan.

“Saya ingin menggesa Ketua Menteri (Lim Guan Eng) supaya tidak membekukan peruntukan wakil-wakil rakyat PKR… peruntukan ini demi kebajikan dan kebaikan rakyat setiap kawasan berkenaan.

“Peruntukan ini adalah bagi DUN setiap kawasan, ia tidak boleh berdasarkan piawaian beliau sendiri untuk memberi peruntukan ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Pada Mei lepas, ADUN PKR bagi kawasan Penanti, Dr. Norlela Ariffin mendakwa peruntukan kawasannya dibekukan kerajaan negeri kerana gagal hadiri istiadat angkat sumpah pelantikan Yang Dipertua Negeri.

Oh berkata tindakan kerajaan negeri dilihat seolah-olah ingin balas dendam terhadap wakil rakyat PKR yang tidak sokong tindakan kerajaan negeri mengenai isu tambak tanah pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).


Ong dan Cheah pernah dipecat kerajaan Pulau Pinang daripada syarikat berkaitan kerajaan negeri tahun lepas apabila mereka bertindak berkecuali semasa undi usul penambakan tanah yang dibawa Barisan Nasional pada sidang DUN.

Usaha mendapatkan pengesahan ketiga-tiga ADUN PKR itu gagal kerana mereka yang dihubungi semua tidak mahu mengulas mengenai isu pembekuan peruntukan itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Rashid Hasnon ketika dihubungi Bernama berkata isu itu selesai selepas enam ADUN termasuk yang bukan PKR telah balas surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kerajaan negeri sebelum ini.

“Enam wakil rakyat tidak hadir ke istiadat mengangkat sumpah pada April lepas dan mereka telah memberikan sebab tidak hadir. Maka, isu itu dianggap selesai,” katanya.

Rashid yang juga Timbalan Pengerusi PKR negeri berkata pihak kerajaan negeri kini dalam proses meluluskan peruntukan yang sepatutnya diterima kesemua ADUN berkenaan. – BERNAMA

Kategori