Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Apa Yang Menarik Final...

TIDAK ramai yang meramalkan perlawanan akhir Piala Dunia tahun ini akan menemukan Perancis...

Rakyat Selangor Diseru Ingati...

KUALA LUMPUR - "Cukuplah sekali dipermainkan pakatan pembangkang. Pilihlah parti yang mempunyai agenda...

Veteran Teruja Sertai Larian...

KEPALA BATAS - Orang ramai termasuk veteran UMNO tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama...

Hasilkan Dadah Daripada Cendawan...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan kegiatan menghasilkan dadah dengan cara...

Ahmad Shahrul Dilantik Setiausaha Kehormat PAFA

IPOH – Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) mengumumkan pelantikan Ahmad Shahrul Azhar Sofian sebagai pengurus dan setiausaha kehormat baharu pasukan berkenaan, berkuat kuasa 1 Julai depan.

Pelantikan itu adalah bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan bekas pengurus, Datuk Jamal Mohd Aris sejak 11 Mei lepas.

Presiden PAFA Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata Ahmad Shahrul, 43, dilantik berdasarkan pengalaman luasnya selama 13 tahun dalam arena bola sepak tanah air.

“Ahmad Shahrul adalah bekas ketua pasukan Perak era 2000 hingga 2008 selain merupakan tonggak yang mengetuai pasukan Malaysia pada Sukan Asia 2002 di Busan, Korea Selatan.

“Selain itu, beliau merupakan Penolong Pengurus Perak pada 2013, dan setahun kemudian dilantik sebagai Ketua Jurulatih pasukan Negeri Sembilan Bawah 21 dan terkini Penolong Ketua Jurulatih skuad Liga Super Felda United FC,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan PAFA hari ini.


Abdul Puhat berkata beliau berkeyakinan penuh dengan kredibiliti dan kemampuan Ahmad Shahrul untuk meningkatkan serta meneruskan kecemerlangan bola sepak Perak.

Selain itu, beliau berkata PAFA turut merakamkan setinggi penghargaan kepada pihak pengurusan Felda United FC kerana memberi kerjasama melepaskan Ahmad Shahrul untuk menabur bakti di negeri kelahirannya.

“Kita juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Jamal di atas khidmat bakti sebagai Setiausaha Kehormat PAFA dan Pengurus The Bos Gaurus sebelum ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori