Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Lagi Insiden Yuna Dicium,...

KEHEBATAN penyanyi Yuna yang kini mengorak langkah sebagai artis antarabangsa tidak dapat dinafikan...

Nahas Helikopter: Adam Mukhriz...

KUALA SELANGOR - Adam Mukhriz, 3, anak angkat kepada Datuk Noriah Kasnon amat...

Perdana Menteri Britain Umum...

LONDON - Perdana Menteri Britain, Theresa May hari ini mengumumkan akan meletak jawatan...

Lelaki Mahu Jadi Barbie

DEMI memiliki wajah persis patung Barbie, seorang pelajar lelaki yang mengaku dirinya tidak...

Aidilfitri: Polis Lancar Program ‘Coffee Break’

GUA MUSANG – Dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya sempena musim perayaan kali ini, polis Gua Musang mengadakan program ‘Coffee Break’ malam tadi bagi membantu pemandu menghilangkan rasa mengantuk ketika memandu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Rajab Ahad Ismail berkata sebanyak 5,000 cawan kopi telah diagihkan kepada pemandu yang melalui jalan Kuala Lipis-Gua Musang sejak 11 malam  di Hentian Gua Musang di Tanah Puteh, di sini.

“Inisiatif mengagihkan minuman kopi itu menjadi usaha polis Gua Musang setiap kali musim perayaan tiba sekali gus memberi mesej supaya pengguna dapat menjaga keselamatan semasa berada di jalan raya dan selamat tiba di destinasi.

“Kami menjangka aliran trafik akan bertambah sesak pada malam hari Sabtu (malam Ahad) di semua laluan dan kami akan pantau keadaan itu,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran program berkenaan malam tadi.

Majlis pelancaran program itu yang disempurnakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas Ab Aziz Yusof itu turut dihadiri Pengerusi Eksekutif Hentian Gua Musang Che Ibrahim Che Ismail dan Pengerusi Majlis Belia Jajahan (MBJ) Gua Musang Mohd Azmawi Fikri Ab Ghani.


Beliau berkata rondaan di beberapa kawasan ‘panas’ kemalangan akan dipertingkatkan terutama pada malam Aidilfitri.

Bagaimanapun sejak Op Selamat dilancarkan pada 18 Jun lepas, katanya, belum ada sebarang kemalangan maut yang berlaku di jajahan berkenaan. – BERNAMA

Kategori