Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

“Lelaki Dakwa Dipukul Pernah...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Politik, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal...

Bina Reban Terapung Ikhtiar...

KEMAMAN – Pelbagai cara dan ikhtiar dilakukan penternak bagi menyelamatkan haiwan ternakan mereka...

Kadar Positiviti 24 Kluster...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 24 kluster jangkitan COVID-19 di negara ini...

Myanmar Pertahan Suu Kyi...

YANGON - Pihak berkuasa Myanmar mempertahankan Aung San Suu Kyi semalam selepas Amnesty...

AirAsia Menang Anugerah Dunia Skytrax Kali Ke-9

PARIS – Kumpulan AirAsia sekali lagi dipilih sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik 2017 buat tahun kesembilan berturut-turut, pada Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia 2017, Skytrax. yang berlangsung di Lapangan Terbang Musee de l’Air et de l’Espace Le Bourget, Perancis.

Kumpulan itu turut menerima Anugerah Syarikat Penerbangan Terbaik di Asia 2017, sementara syarikat penerbangan sekutunya, AirAsia X (AAX) Bhd, membawa pulang anugerah Kabin Premium Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia serta Anugeah tempat duduk Premium Syarikat Penerbangan Rendah Terbaik Dunia buat tahun kelima berturut-turut.

Anugerah Skytrax, yang berlangsung sempena Pameran Udara Antarabangsa Paris ke-52, merupakan penanda aras global kecemerlangan syarikat penerbangan, dengan lebih 19.9 juta pelanggan daripada 105 warga negara di dunia mengkaji standard merentas 49 petunjuk prestasi utama produk dan perkhidmatan syarikat penerbangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata syarikat itu bangga diberikan penghormatan untuk menerima anugerah itu yang mencerminkan komitmen syarikat untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada penumpangnnya yang sangat dihargai.

“Kita mesti telah melakukan sesuatu yang betul, yang menjadikan kita layak untuk memenangi anugerah itu selama sembilan tahun berturut-turut,” katanya pada sidang akhbar sempena Pameran Udara Paris pada Selasa.

Pengerusi AAX, Tan Sri Rafidah Aziz hadir untuk menerima anugerah itu bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Bhd., Aireen Omar, dan CEO AirAsia X Thailand, Nadda Buranasiri.

AirAsia dan AAX memenangi gabungan 25 Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax sejak anugerah itu diperkenalkan pada 2001.


AirAsia ialah syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di Asia dari segi jumlah penumpang yang dibawa, dengan rangkaian luasnya meliputi lebih 120 destinasi di 26 negara di seluruh Asia, Australia dan New Zealand, Timur Tengah dan Amerika Syarikat.

Perintis dalam perjalanan dan teknologi, AirAsia menawarkan pelbagai produk inovatif seperti makanan panas Santan, kopi premium T & Co, hiburan dan penyambungan ROKKI, BIG Duty Free yang merupakan pembelian secara dalam talian selain Premium Flex untuk pelancong perniagaan.

Penumpang juga boleh berhubung dengan lancar ke mana-mana tempat dalam rangkaian AirAsia dengan satu hentian di Kuala Lumpur, Malaysia – hub penerbangan tambang rendah Asia – atau hab transit lain di Thailand dan Indonesia menggunakan perkhidmatan Fly-Thru.

Skytrax ialah penyelidik pakar dan penasihat kualiti kepada industri pengangkutan udara, yang memberi tumpuan kepada usaha menilai syarikat penerbangan dan lapangan terbang menerusi program yang dikenali sebagai – anugerah syarikat penerbangan dunia (Skytrax World Airline Awards), audit penerbangan dunia. – BERNAMA

Kategori