Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Program ‘Diversion’ Budak Bermasalah...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan melaksanakan projek rintis...

Perbicaraan Kes 1MDB Ditangguh...

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan Datuk Seri Najib...

Video Viral Van Hentam...

SEBUAH rakaman video memaparkan pemandu van putih bertindak mengundur dan menghentam sebuah kereta...

Anak Melayu Jadi Calon...

KUCHING - Anak muda Melayu ini baharu sahaja dicalonkan DAP bertanding di kerusi...

Penerbangan AirAsia Pontianak-Kuching Bermula

KUALA LUMPUR – AirAsia Bhd telah memulakan penerbangan sulungnya dari Pontianak, Indonesia, ke Kuching hari ini dengan perkhidmatan tujuh kali seminggu.

Dalam satu kenyataan hari ini, AirAsia berkata, Pengurus Besar Lapangan Terbang Supadio, Bayuh Iswantoro dan media Indonesia turut berada dalam penerbangan itu yang mendarat di Lapangan Terbang Kuching pada jam 1.50 petang.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Aireen Omar berkata, syarikat penerbangan tambang murah itu teruja untuk merai dan menyambut penerbangan dari Pontianak ke Kuching tersebut.

“Kami yakin ketibaan pelancong Indonesia ke Sarawak akan terus meningkat dengan adanya laluan ini dan merangsang sasaran Sarawak untuk menarik lima juta pelancong tahun ini.

“Selain itu, rakyat Sarawak boleh menikmati tawaran terbaik Pontianak, yang dikenali sebagai ‘Bandaraya Khatulistiwa’, untuk terbang setiap hari dengan penerbangan terus serta tambang murah,” katanya.


Aireen berkata, laluan terbaru dari Kuching itu adalah sebahagian daripada inisiatif dan komitmen AirAsia ke arah memajukan Sarawak sebagai destinasi utama percutian dan hab serantau untuk pengembara ke Borneo.

“Kami berpendapat Sarawak mempunyai banyak potensi pertumbuhan. Kami sedang mengkaji sambungan terus dari negara ASEAN, China, Indochina, Asia Utara dan Australia ,” tambahnya.

Ketika ini AirAsia terbang ke 10 destinasi dari Kuching dengan 468 penerbangan seminggu, bagi kedua-dua hala. – BERNAMA

Kategori