Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Maybank Dakwa Dokumen Pemindahan...

KUALA LUMPUR - Malayan Banking Bhd. (Maybank) menjelaskan dokumen nasihat pemindahan dana yang...

Hati-Hati Guna Media Sosial...

Polis mengingatkan pihak berkepentingan seperti parti politik dan calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka agar sentiasa berhati-hati menggunakan media sosial ketika berkempen bagi menyuburkan proses demokrasi.

Hospital Pakar Terengganu Bakal...

TERENGGANU - Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) yang dibina di Batu Burok, dengan...

TH Perlu Distruktur Semula...

KUALA LUMPUR – Penstrukturan kewangan dan pengurusan lembaga Tabung Haji (TH) mestilah kembali...

AirAsia X Selamat Mendarat Di Honolulu, Hawaii

HONOLULU – Syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh AirAsia X mencipta sejarah apabila penerbangan D7 001 selamat mendarat di Lapangan Terbang Daniel K. Inouye di sini dengan faktor muatan melebihi 90 peratus, sekali gus menandakan ketibaan pertama syarikat penerbangan tersebut ke Amerika Syarikat (AS).

Penerbangan pertama berkenaan yang membawa penumpang, wakil media dari Malaysia dan pihak pengurusan AirAsia X mendarat pada jam 12.24 tengah hari Rabu (waktu tempatan).

Ketibaan penumpang disambut dengan tarian tradisional Hawaii dan dikalung dengan lei (kalungan bunga) sebaik keluar dari pesawat.

Turut berada dalam penerbangan, Pengerusi AirAsia X, Tan Sri Rafidah Azia dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Benyamin Ismail.

Terdahulu penerbangan D7 001 berhenti di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, Osaka selama dua jam untuk transit di mana satu upacara pelepasan dan potong riben turut diadakan di balai berlepas.


AirAsia X terbang empat kali seminggu dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Honolulu, Hawaii melalui Osaka, Jepun.

Satu sambutan ketibaan rasmi serta majlis pelancaran bakal diadakan petang ini di Royal Hawaiian Hotel, Waikiki yang akan turut dihadiri Ketua Turus Pentadbiran Hawaii, Mike McCartney; Duta Besar Malaysia ke AS, Tan Sri Dr. Zulkarnain Rafique; Presiden dan CEO Lembaga Pelancongan Hawaii, bersama-sama Rafidah dan Benyamin. – Astro Awani

Kategori