Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pegawai Polis Didakwa Lakukan...

KUALA LUMPUR ā€“ Seorang ketua polis daerah di Sabah akan ditukarkan setelah dikaitkan...

Saudi Larang Lawat Jabal...

RIYADH - Kementerian Umrah dan Haji Arab Saudi dilaporkan mula melarang semua kegiatan...

‘Selipar’ Jadi Punca Tragedi...

HANYAƂĀ kerana mahu mengambil selipar yang terjatuh di dalam lubuk air, tiga penuntut universiti...

Pemansuhan Elaun Kritikal Ditangguhkan

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) yang dijadual bermula...

Aksem Rampas Rokok Seludup Bernilai RM500,000

BUKIT KAYU HITAM – Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) Bukit Kayu Hitam mematahkan cubaan menyeludup masuk rokok putih bernilai hampir RM500,000 selepas menahan sebuah lori kecil di sini, petang semalam.

Komandernya ASP Mohd Khairi Abdullah berkata dalam kejadian pada 2 petang itu, sepasukan anggota risik agensi itu telah menahan lori berkenaan di KM 4 Projek Lebuh Raya Utara Selatan, namun pemandunya berjaya melarikan diri.

“Pemeriksaan pada lori bernombor pendaftaran Thailand itu, pihak kami menjumpai 94 kotak yang setiapnya mengandungi 25 karton rokok.

“Terdapat dua jenis rokok berjenama Mari Gold dan Kenmore International yang dianggarkan bernilai RM450,100 termasuk cukai,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata rokok berkenaan dipercayai untuk dibawa masuk ke Singapura berdasarkan jenama tersebut tidak terdapat di pasaran tempatan.


Mohd Khairi berkata kesemua rokok dan lori berkenaan akan diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia di sini dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) kerana gagal membuat akuan berkenaan barang berduti yang diimport atau dieksport.

Sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya, katanya. – BERNAMA

Kategori