JUTAWAN kosmetik, Datuk Aliff Syukri yang menjadi mangsa samun pembantu rumahnya baru-baru ini tidak terus berdiam diri sebaliknya berusaha untuk mengesan individu yang terbabit.
Menerusi perkongsiannya di laman Instagram, Aliff Syukri memuat naik gambar dua pembantu rumah dan seorang tukang kebun warga Indonesia yang dipercayai membawa lari wang tunai dan barang berharga miliknya.
“Perhatian, ini adalah individu yang paling dikehendaki di dunia dan Malaysia. Jika ada semua boleh berkongsi dan membantu menangkap orang ini saya akan memberikan anda semua ganjaran istimewa.
“Orang ini mencuri ribu dollar jam tangan, cincin yang cantik dan paling penting mereka mengambil wang. Tolong bantu saya dan hubungi pengurus saya,” tulisnya.
Aliff turut berharap orang ramai dapat membantu dan bekerjasama supaya penjenayah ini tidak melakukan perkara yang sama.
Baca Ini:Ā Dugaan Ramadan Aliff Syukri Sekali Lagi Disonglap Bibik
Sebelum ini, Aliff Syukri mengamuk selepas mendapati seorang pembantu rumahnya mencuri kain buatan luar negara dan wang tunai, namun kejadian itu tidak dilaporkan kepada pihak polis.
Namun, kejadian yang sama berulang lagi apabila seorang lagi pembantu rumahnya ditangkap mencuri dan kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. -MYNEWSHUB