Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Penduduk Parit Buntar Diserang...

PARIT BUNTAR - Kehadiran ribuan ulat bulu di Taman Kerian Permai Fasa Dua...

Video Aziz Laikar Tak...

KETUA komunikasi AirAsia Berhad, Aziz Laikar baru-baru ini menyiarkan sebuah video melalui media...

Fitnah Projek Ikan Sturgeon:...

KUALA LUMPUR – Peguam kepada Datin Seri Rosmah Mansor membuat satu laporan polis...

Baik Pulih Stadium Sultan...

KOTA BAHARU - Proses baik pulih Stadium Sultan Muhammad ke-IV oleh penaja pasukan...

Aliran Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Utama

KUALA LUMPUR –  Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan petang ini berikutan semakin ramai warga kota yang mula pulang ke kampung masing-masing sempena sambutan Adilfitri yang dijangka Ahad ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata trafik direkodkan perlahan di Lebuhraya Utara-Selatan iaitu dari Slim River ke Sungkai, Terowong Menora ke Kuala Kangsar dan Gua Tempurung ke Gopeng susulan peningkatan jumlah kenderaan.

“Keadaan trafik dijangka perlahan sehingga tengah malam ini,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata aliran trafik perlahan sebelum masuk Tol Gombak menuju ke Pantai Timur.


“Turut mengalami kesesakan sebelum terowong Genting Sempah sehingga kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Genting Sempah,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA

Kategori