Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Video: Reaksi Spontan Apabila...

SEORANG pelajar perempuan, Shea Glover, 18 tahun, dari sekolah tinggi dari Amerika Syarikat...

Tidak Salah Azmin Nak...

PUTRAJAYA - Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedia ‘memberi laluan’ kepada mana-mana pemimpin dalam...

Latihan Bebas Beri Keyakinan...

KUALA LUMPUR - Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah sudah menyesuaikan diri dengan...

Korban Gempa Di Turkiye,...

DIYARBAKIR (TURKIYE): Angka korban tragedi gempa bumi kuat di Turkiye dan Syria, hari...

Ambulans Pun Kena Curi Bulan Ramadan

SEORANG pemilik bengkel cemas apabila sebuah ambulans yang yang sepatutnya dibaiki didapati hilang di kedai bengkel kenderaannya di Jalan Besar Guchil, Kuala Krai, semalam.

Menurut pemilik bengkel tersebut yang enggan dikenali namun berusia 47 tahun, dia menyedari kehilangan ambulans itu kira-kira pukul 8.30 pagi.

Susulan itu, pemilik bengkel berkenaan membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, kali terakhir ambulans itu ditinggalkan dalam keadaan berkunci.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning mengesahkan laporan tersebut.

Difahamkan, pengadu menerima ambulans tersebut untuk dibaiki masalah brek, kelmarin.

“Kita turut menjalankan siasatan dan mendapati lokasi kejadian adalah sebuah tempat letak kereta terbuka di hadapan bengkel kereta.


“Modus operandi yang digunakan suspek adalah dengan memecahkan cermin tingkap ambulans sebelum melarikan kenderaan itu.

“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya.

Jelasnya, kerugian dianggarkan mencecah RM100,000. – MYNEWSHUB.CC

Kategori