Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

25 Jun Keputusan Kes...

KOTA KINABALU - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 25 Jun ini untuk keputusan...

Pencari Ketam Warga Indonesia...

KUCHING – Seorang warga Indonesia yang dilapor hilang ketika menangkap ketam di laut...

Program Pembasmian Kemiskinan Ambil...

KUALA LUMPUR - Program pembasmian kemiskinan di negara ini dilakukan bukan sahaja mengambil...

250 Peserta Menyertai Daurah...

SEREMBAN - Seramai 250 peserta menyertai Program Daurah Azan Bersanad anjuran pusat Baitul...

Anak Elly Mazlein Dapat Duit Raya Sampai RM3,000

KEMERIAHAN Aidilfitri lebih dirasai kanak-kanak dan duit raya antara perkara yang membuatkan mereka teruja.

Kadang-kadang sampai beratus-ratus ringgit dalam dikumpulkan dalam sehari jika berkunjung dari rumah ke rumah.

Namun buat si cilik, anak Elly Mazlein iaitu Putri Sara Sefhia, dia sememangnya cukup bertuah apabila setakat ini sudah berjaya mengumpul sebanyak RM3,000 duit raya!

Wow, kecil-kecil dah pegang duit sebanyak itu. Memang disayangi sungguh Sefhia ni kan.

Menurut ibunya, kebanyakan duit raya itu diberikan oleh peminatnya terhadap anak tunggalnya itu.

“Persiapan Sefhia cukup meriah sebab seronok. Raya tahun ini dia sudah besar dan faham. Dia sudah pandai tengok orang main mercun dan bunga api. Orang-orang di sekeliling pun rasa kasihan tengok dia yang tak tahu apa-apa.

“Banyak baju dia saya tempah sedondon dengan abah, malah ada yang diberi orang. Rezeki anak sangat murah hingga ada individu beri duit raya RM3,000. Itu belum masuk wang yang dikirim peminat,” katanya, lapor BH Online.


Anak Elly Mazlein Dapat Duit Raya Sampai RM3,000

Elly yang berpakaian sedondon berona mint green merayakan lebaran kali ini dengan bapanya, Syed Hanafi dan juga puteri tunggalnya itu di kediamannya yang terletak di Cyberjaya.

Elly yang kehilangan ibu tercinta menyifatkan kehadiran anaknya itu sebagai pengubat rindunya terhadap arwah ibu yang meninggal dunia sejak tiga tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori