SEEKOR anjing yang diseliputi dengan tar telah diselamatkan oleh aktivis pencinta haiwan dan mereka mengambil masa selama lima jam dalam operasi membersihkan binatang terbabit, yang kelihatan seperti ‘tugu’ apabila ditemui di tepi jalan di Lanus, Argentina.
Ia ditemui oleh dua budak lelaki dan dengan bantuan seorang anggota polis, mereka mengangkat dan membawanya ke klinik haiwan.
Bersama sukarelawan yang lain, mereka terpaksa memandikannya dan pada masa yang sama sukarelawan terbabit terpaksa menggunakan google untuk mendapatkan maklumat bagaimana mencuci tar terbabit.
“Kami beli banyak barang, kami tengok tutorial di internet dan turut memeriksa keberkesanan produk yang diiklankan.
“Mulanya ia kelihatan seperti mustahil tetapi selepas kami menggunakan minyak, ia membantu membersihkan tar itu. Sebanyak lima liter minyak digunakan untuk membersihkan anjing terbabit,’’ kata salah seorang sukarelawan Myriam Ortellado.
Anjing terbabit kini semakin sembuh dan kisahkan mendapat perhatian ramai apabila cerita penderitaan binatang terbabit telah disiarkan di media Sepanyol.
Setakat ini siasatan masih dijalankan untuk mengetahui punca kenapa anjing tersebut berkenaan sedemikian rupa. – MYNEWSHUB.CC