Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Dua Beradik Jual Dan...

TAPAH - Polis Tapah menahan dua beradik dan merampas 30 kilogram (kg) daun...

Video: Budak Terselamat Lepas...

SEORANG kanak-kanak melalui detik cemas apabila nyaris digilis dua kenderaan SUV (kenderaan utiliti...

7,000 Mangsa Masih Di...

KUANTAN - Jumlah mangsa banjir di Pahang meningkat kepada 7,130 orang setakat 8...

Terminal Lapangan Terbang Rome...

ROME - Sejumlah penerbangan dibatalkan dan jadual perjalanan beribu-ribu penumpang terjejas selepas sebahagian...

Apa Lagi? Kalau Presiden Ada Visi – Move On Lah!

SEPATUTNYA isu kalah perlawanan pertama dengan Lubnan pada 13 Jun lalu, mendorong kita menilai input permainan itu sendiri.

Meneliti kelemahan dan mengkaji kekuatan. Setelah cukup input, carilah output. Dah ada solusi, segeralah ambil langkah pembetulan.

Tapi anehnya, kita naik berserabut sebab sudahlah kalah, yang heboh bukan isu persembahan longlai Harimau Malaya, tetapi isu sentimental nasib Presiden FAM pula yang heboh.

Come on la! Ini bola sepak. Kalah perlawanan pertama kenalah ambil langkah proaktif. Ada lima lagi perlawanan bakal ditempuhi sebelum layak ke Piala Asia 2019. Itu patut jadi fokusnya utama.

Soal Presiden kena kritik bukan isu pun. Kalau jadi isu pun, itulah namanya nasib Presiden. Mestilah bertangungjawab.

Tetapi, kalau isu Presiden kena kritik, kesannya buatkan bolasepak tempatan jadi sentimental – ini dah jadi lain macam.

Sama ada Presiden tidak lama di FAM atau kena balik kampung, bukan isu relevan nak dibincangkan sekarang. Presiden baru 83 hari memimpin, isu balik kampung satu tema yang tidak relevan lansgung.

Suara kritikan terhadap Presiden FAM bukan bererti bola sepak negara sudah menuju kiamat. Presiden bola sepak dalam mana-mana persatuan pun akan dikritik apabila kalah. Apa lagi kalah dalam kejohanan penting.

Pada hari sama Harimau Malaya kalah, Korea Selatan juga kalah 2-3 kepada Qatar. Justeru, peluang Korea Selatan ke Piala Dunia kini sukar.

Tanpa basa-basi, Pengerusi dan Jurulatih Korea letak jawatan sebaik tamat perlawanan.

Is semudah itu. Tanpa perlu basa-basi. Setelah 83 hari Presiden FAM bertugas, dan menerima nasib malang apabila Harimau Malaya kalah – heboh semuanya pasal Presiden. Kononnya media dan peminat tidak hargai Presiden.

Hello? Yang penting sekarang baiki permainan pasukan. Kenapa stamina lemah? Kenapa disiplin permainan 15 minit akhir begitu teruk? Paling kritikal: Apakah skuad yang sama akan meneruskan baki lima lagi perlawanan kelayakan Piala Asia?

Bukannya heboh diskus isu Presiden kecewalah… terlalu dikritiklah. Presiden tetap Presiden. Apa yang lebih utama, nasib skuad kebangsaan.

Presiden Kelab Bolasepak Johor DT, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim tampil dengan rayuan. Mohon kekandanya tidak lama berada dalam FAM.

Kononnya tidak disayangi dan dihargai. Elok balik Johor, tempat TMJ lebih disayangi.

Bola sepak bukan kisah cinta. Bola sepak ialah perjuangan bagi yang memilih untuk berada dalam persatuan dan pasukan kebangsaan.

Keluhan Tunku Tun Aminah bukan isu. Malah, kedudukan TMJ juga bukan isu. TMJ tahu pintu masuk, sudah pasti TMJ juga tahu pintu keluar.

Tunku Tun Aminah menulis di FB Johor Southern Tigers:

“Saya berharap Tunku Mahkota Johor tidak berada lama sangat sebagai Presiden FAM. Lebih baik menyumbang dan berkhidmat di mana anda dihargai dan disayangi.

“Tidak usahlah berada di sana terlalu lama dan lebih baik pulang daripada berada di tempat yang anda tidak dihargai.


“Walaupun JDT telah berada di tahap yang tinggi, bawalah JDT ke tahap yang lebih tinggi lagi dan berikan tumpuan kepada negeri Johor yang lebih menghargai dan menyayangi anda.”

Setiausaha Agung FAM pun tumpang sesudu. Datuk Hamidin Mohd Amin konon terpanggil menegur media dan pihak yang menyalahkan TMJ.

Memang ada yang mengkritik. So what?

Robohkah gunung dek anjing menyalak?

Isu utama yang Hamidin dan FAM perlu segera buat bukan sibuk membela Presiden. Isu utama ialah betulkan pasukan kebangsaan.

Kena fikir: Kenapa stamina lembik? Kenapa mentaliti lemah dan bolos gol pada minit akhir?

Menurut Hamidin, media mahupun pengkritik berlaku tidak adil kepada TMJ yang baru 83 hari memimpin FAM.

Hamidin nampaknya banyak meratap nasib Presiden. Presiden orang hebat dan pasti sudah tahu, harga menjadi pemimpin FAM. Jadi tidak perlulah Hamidin menggelabah, meminta bosnya tidak dikritik.

Apa yang Hamidin perlu tumpu ialah survival menuju Piala Asia 2019. Ada lima lagi baki perlawanan. Kena menang bergaya supaya layak ke pusingan akhir.

Setelah layak, jangan hanya hadir sebagai pasukan belasahan. Sudah-sudahlah dengan sikap melankolik. Bolasepak bukan sukan cinta yang penuh emosi. Bolasepak sukan tegar dan dimainkan lelaki sejati. Jadi tidak perlu basa-basi.

Tindakan Hamidin meminta agar peminat bola sepak tanah air dan media memberi sokongan padu pada Presiden bukan isu pun. Bukan peminat dan media yang memilih Presiden.

Peminat dan media berada di laluan lain, tetapi berkongsi impian mahu melihat Harimau Malaya berjaya.

Jadi, Tunku Tun Aminah dan Hamidin jangan buang masa dengan kenyataan tidak perlu.

TMJ tahu sebagai Presiden banyak kerja perlu dilakukan setelah perlawanan pertama nampak banyak kelemahan.

Berbuat sesuatu sebelum nanti Harimau Malaya kalah lagi pada Hong Kong atau

Malaya kalah lagi pada Hong Kong atau dibelasah pula oleh Korea Utara. Itu keutamaan.

TMJ tentu pemimpin yang penuh azam yang punya visi. Jadi move on lah!

Kategori