Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

7-Eleven Malaysia Anjur Jualan

KUALA LUMPUR – 7-Eleven Malaysia mengadakan jualan, First Ever Sale!, di kedainya dengan...

Kren Tumbang: Ribuan Pengguna...

KUALA LUMPUR - Ribuan pengguna Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2 ) masih terperangkap...

RM9.6j Baik Pulih 39...

KOTA BHARU : Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti 39 klinik daif di seluruh...

1.2 Juta Rakyat Di...

PADANG BESAR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan sebanyak 1.2 juta rakyat di...

APMM Kota Kinabalu Tahan Bot Nelayan Disyaki Bom Ikan

KOTA KINABALU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kota Kinabalu menahan sebuah bot nelayan tempatan disyaki digunakan untuk aktiviti mengebom ikan di perairan Pulau Sepanggar, semalam.

Pengarah Maritim Kota Kinabalu, Laksamana Pertama Maritim Adam Aziz berkata bot berkenaan yang berada di kedudukan 0.2 batu nautika dari Pulau Sepanggar dikesan dalam keadaan mencurigakan kira-kira pukul 9.40 pagi.

“Ketika cuba menghampiri dan memintas pengendali bot tersebut telah bertindak agresif dengan memecut melarikan diri. Pasukan peronda kemudiannya mengejar bot berkenaan selama 2 minit sebelum menahan bot itu pada 10 pagi, namun suspek yang berada di atas bot terbabit berjaya melarikan diri dengan terjun ke laut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, pemeriksaan terhadap bot terbabit mendapati pelbagai ikan anggaran seberat 10 kilogram yang dipercayai ditangkap dengan kaedah pengeboman.

“Bot itu kemudiannya dibawa ke jeti APMM untuk siasatan lanjut,” katanya.


Sementara itu, Adam berkata pihaknya memandang serius kegiatan menangkap ikan menggunakan kaedah bom dan operasi secara berterusan akan dilakukan bagi membendung aktiviti berkenaan

“Oleh itu komuniti maritim khususnya di perairan daerah ini (Kota Kinabalu) diminta supaya memberi maklumat berkenaan aktiviti pengeboman ikan bagi memastikan perairan kita bebas daripada sebarang aktiviti jenayah khususnya membabitkan pengeboman ikan,” katanya. – BERNAMA

Kategori