Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

DAP Minta Derma RM10...

KUALA LUMPUR - DAP Pulau Pinang hari ini merayu kepada rakyat Malaysia supaya...

Gempa Bumi Kuat Landa...

KUALA LUMPUR – Gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter melanda Rantau...

Cadang Kerajaan Lihat Semula...

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menyarankan kerajaan...

Gombak, Petaling Kembali Menjadi...

SHAH ALAM - Daerah Petaling dan Gombak yang sebelum ini ditakrif sebagai zon...

Asyraf Wajdi, Kui Hian Dilantik Semula Penggal Ke-2

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Prof. Datuk Dr Sim Ku Hian mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua di Dewan negara hari ini.

Upacara angkat sumpah itu dilakukan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk S.A. Vigneswaran.

Pada majlis itu, dua muka baharu dilantik sebagai senator iaitu Timbalan Ketua Bahagian UMNO Labuan, Datuk Bashir Alias dan Ketua UMNO Bahagian Segamat, Zahari Sarip.

Kesemua pelantikan itu adalah untuk tempoh tiga tahun.

Sementara itu, Asyraf, ketika ditanya pemberita sama ada pelantikan semula sebagai senator bermakna beliau tidak berhasrat bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), berkata perkara itu diserahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan parti UMNO.

Katanya, apa sahaja amanah yang diberikan kepadanya akan dilaksanakan secara terbaik demi agama dan bangsa.


Dalam pada itu, Bashir, 52, yang juga Naib Pengerusi Barisan Nasional (BN) Labuan, merupakan anggota Majlis Penasihat Perbadanan Labuan dan Pemangku Yang di-Pertua Persatuan Kontraktor Melayu Labuan.

Zahari, 50, yang juga pengerusi BN Segamat merupakan Pegawai Khas kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.

Sementara itu, Vigneswaran dalam ucapan aluannya, berharap supaya sumbangan setiap anggota Dewan Negara dapat diterjemahkan bukan sahaja melalui perbahasan yang aktif dalam dewan, tetapi patuh kepada ikrar taat setia kepada negara berdasarkan prinsip Rukun Negara. – BERNAMA

Kategori